ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota beri sentuhan segar kepada model Corolla versi Eropah dan Amerika Syarikat

Views

Toyota Corolla versi Eropah

Generasi ke-11 Toyota Corolla untuk pasaran Eropah dan Amerika Syarikat telah mendapat sentuhan kosmetik dan naik taraf untuk versi 2017. Kedua-duanya tampil dengan wajah hadapan yang berbeza untuk menepati citarasa pasaran.

Untuk versi Eropah, Toyota menampilkan rupa hadapan yang lebih matang dengan reka bentuk lampu hadapan LED dan jeriji yang lebih nipis dan bumpar rekaan baharu yang lebih moden serta elegan. Pemegang pintunya kini mendapat sentuhan kemasan krom dan lampu belakang menggunakan LED.

Ia ditawarkan dengan pilihan dua saiz rim, 16 dan 17 inci serta sembilan warna menarik termasuk tiga warna baharu Platinum Bronze, Tokyo Red dan Earth Bronzeare. Ciri-ciri keselamatan model ini turut dipertingkatkan dengan sistem Deria Keselamatan, Amaran Penukaran Lorong, Pra-Pelanggaran, Bantuan Papan Tanda Jalan dan Lampu Tinggi Automatik yang membantu mencegah atau mengurangkan perlanggaran. Versi 2017 Corolla untuk pasaran Eropah akan mula dijual musim panas ini.

2017-Toyota-Corolla-3 2017-Toyota-Corolla-1 2017-Toyota-Corolla-2

Toyota Corolla versi Amerika Syarikat

Corolla 2017 untuk pasaran Amerika Syarikat turut diberi sentuhan semula dan telah diperkenalkan semasa New York Auto Show baru-baru ini. Reka bentuk hadapan mempunyai sedikit perbezaan dengan versi Eropah terutama sekali pada lampu utama LED dan jeriji yang lebih sporty. Bumpar hadapan kini dilengkapi dengan lampu nyalaan siang LED dan lampu belakangnya pula kini tampil dengan warna merah.

Ciri-ciri standard termasuklah sambungan Bluetooth dan sistem Entune Audio. Toyota memberi pilihan untuk menaik taraf kepada sistem Entune Audio Plus dengan navigasi atau Entune Premium Audio dengan sistem navigasi bersepadu dan App Suite yang didatangkan dengan paparan skrin 7-inci dengan sedikit penambahan kos.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi Toyota Safety Sense-P untuk kesemua varian sebagai ciri standard. Antara ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan adalah Lampu Tinggi Automatik, Dynamic Radar Cruise Control, Amaran Penukaran Lorong dengan bantuan stereng dan sistem Pra-Pelanggaran dengan fungsi pengesan pejalan kaki.

2017-Toyota-Corolla-XSE-3 2017-Toyota-Corolla-XSE-2 2017-Toyota-Corolla-XSE-1 2017-Toyota-Corolla-XSE-4

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply