ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota C-HR dapat penarafan 5-bintang ASEAN NCAP

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengedar kenderaan Toyota di Malaysia dengan bangganya mengumumkan model Toyota C-HR serba baharu telah berjaya menerima penarafan 5-bintang dari Program Keselamatan Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP) yang telah diumumkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sempena pembukaan Galeri MIROS di Kajang semalam.

Berikut adalah keputusan ujian untuk model Toyota C-HR:

Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 49.72 mata
Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 20.86
Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 20.73 mata
Markah keseluruhan – 91.31 mata

Toyota C-HR mendapat markah yang baik dalam kesemua aspek termasuklah brek mengelak yang berkesan, peringatan tali pinggang keledar, teknologi titik buta dan teknologi bantuan keselamatan termaju. Model crossover kompak ini dibangunkan dari pelantar terbaharu Toyota New Global Architecture (TNGA) yang kini digunakan oleh kebanyakan model baharu Toyota.

Dengan TNGA, pembangunan kenderaan lebih banyak fleksibiliti dalam tiga kunci utama iaitu rekabentu, penjana kuasa dan dinamik, membolehkan mereka menyampaikan segmen baru dan segar pada segmen crossover yang semakin komoditi. Hanya ditawarkan dalam satu varian, C-HR dikuasakan oleh enjin 1.8-liter yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan Sequential Shiftmatic CVT.

Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan termasuklah ABS sebagai ciri standard dengan Kawalan Ketabilan Kenderaan (VSC), 7 beg udara, Kawalan Cengkaman (TRC), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), sistem Pemantauan Titik Buta (BSM) selain Brek Parkir Elektronik dan Kawalan Bantuan Mendaki yang mencegah kenderaan dari terundur ke belakang semasa mendaki cerun.

Presiden UMW Toyota Motor, En. Ravindran K. berkata, mereka amat berbesar hati untuk menerima penarafan 5-bintang ASEAN NCAP untuk model C-HR serba baharu yang mengiktiraf komitmen berterusan Toyota untuk meningkatkan keselamatan kenderaan. Sebagai pengedar kenderaan Toyota di Malaysia, ia amat penting untuk syarikat memastikan kenderaan keluarannya dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terbaik dalam memastikan keselamatan pelanggan.

Untuk maklumat lanjut dan keputusan terperinci ASEAN NCAP, layari www.aseancap.org.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply