ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo – Kereta buatan China lebih berkualiti dari model keluaran Eropah

Views

Dulu, bila sebut barang buatan China sudah pasti kita terbayang produk yang murah dengan kualiti yang teruk. Namun, kini segalanya telah berubah. Anak syarikat Geely, Volvo berkata kenderaan yang dikeluarkan di negara tembok besar itu sebenarnya mempunyai kualiti yang lebih unggul jika dibandingkan dengan model keluaran Eropah.

Semasa ditemubual oleh Go Auto Australia, naib presiden kanan rekabentuk Volvo, Robin Page mengakui bahawa ada cakna tentang keputusan pengeluar kenderaan dari Sweden itu untuk membina banyak kenderaannya di China. Apa yang syarikat dapati ialah kualiti kereta sebenarnya lebih baik di China berbanding di Eropah. Semua orang bimbang tentang kualiti, tetapi sebaik sahaja mereka bermula kualiti adalah lebih tinggi daripada di Eropah.

Kini banyak syarikat pengeluarkan kenderaan telah beralih kepada kilang-kilang di China. Menurut Page, kilang Geely di China mengeluarkan kenderaan yang berkualiti kerena mereka kurang bergantung pada automasi dan mempunyai toleransi yang lebih ketat. Tambah Page lagi, secara jujurnya, jika anda bersembang dengan pekerja pengeluaran dari Eropah, mereka telah meletakkan begitu banyak automasi ke dalam sistem, hingga anda tidak boleh untuk membuat tetapan secara manual.

Di China, mereka mempunyai lebih ramai pekerja, kurang automasi yang sebenarnya memberi anda keupayaan untuk mendapatkan toleransi lebih ketat dan membuat penyesuaian yang lebih baik. Ia bukanlah suatu perbezaan yang besar, tetapi jika anda membuat perbandingan dan purata, China adalah lebih baik, jadi tidak perlu bimbang mengenainya sekarang.

Volvo mula mengeksport kenderaannya yang dikeluarkan di China ke seluruh dunia pada 2014 dengan model jarak roda panjang, generasi sebelum S60. Di samping itu, syarikat telah memindahkan pengeluaran sedan S90 dari Sweden ke China pada akhir tahun 2016. Kenderaan lain dari Geely, termasuk pelbagai kereta elektrik Volvo dan model Lynk & Co, akan dibina, dan dieksport dari, China juga.

Sumber : Carscoops.com

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply