Laman Facebook rasmi Toyota Malaysia baharu sahaja memuat naik satu hantaran terbaharu yang memaparkan iklan acah model sedan Camry serba baharu. Apa yang menarik, tarikh pelancarannya juga diumumkan pada 1 November 2018, iaitu hari Khamis minggu hadapan. Ia bermakna, selang dua minggu selepas pelancaran model SUV kompak Rush, Camry serba baharu pula menunggu giliran untuk dilancarkan.
JOM BACA >> Toyota Rush serba baharu dilancarkan
Buat masa ini belum ada butiran lanjut mengenainya dan maklumat terkini berkaitan model sedan segmen-D itu akan dikemaskini di pautan ini. Camry serba baharu yang akan tampil dengan reka bentuk yang ‘lebih muda’ ini bakal berentap dengan beberapa model lain seperti Proton Perdana, Honda Accord, Mazda6, dan Volkswagen Passat apabila ia dilancarkan. Nantikan kemunculannya!
Dah tengok video pelancaran Toyota Rush ke belum? Tekan butang ‘play’ untuk menonton.
JOM BACA >> INTIP: Video Proton Iriz MC2 diuji pada waktu malam
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI