ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Video Proton Iriz MC2 diuji pada waktu malam

Views

Siang kerja, malam kerja. Betapa gigihnya rakan-rakan kita di Proton menguji Iriz MC2 (Minor Change 2) sampai waktu malam pun ia masih lagi diuji. Buat pertama kali kami memperoleh video intipan terbaharu Iriz MC2 yang telah berjaya dikesan dan dirakam oleh rakan pembaca, Ahmad Safir A Gani. Menurutnya, unit ujian yang sering ditemui itu berjaya dikesan sekitar Shah Alam, mungkin dalam perjalanan pulang ke pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Proton.

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 ‘ronda-ronda’ KL lagi, wajah hadapan kini lebih jelas kelihatan

Unit ujian Iriz MC2 masih lagi sarat dengan celoreng penyamaran, namun kita dapat melihat pencahayaan lampu hadapan dan belakang kenderaan tersebut. Di bahagian belakang, jika dilihat pada bentuk susunan cahaya lampu LEDnya, ia masih lagi mengekalkan bentuk yang sama dengan model semasa. Pada bahagian depan pula, ia masih menggunakan lampu halogen yang sama dengan Persona.

Ia bukanlah satu yang menghairankan kerana memang ia berkongsi lampu depan yang sama dengan model sedan tersebut. Jadi kita tidak perlu mengharapkan terlalu banyak perubahan pada Iriz MC2 kerana ia bukannya model baharu sepenuhnya. Hanya sekadar perubahan kosmetik dan penghalusan yang lebih baik tanpa perubahan enjin dan transmisi. Iriz MC2 hanya akan berada di pasaran awal tahun hadapan.

JOM BACA >> INTIP: Geely Boyue pemanduan sebelah kanan dan Proton Iriz MC2 ‘ronda-ronda’ KL

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • If this batch of facelift only carries minor change specifically on appearance, there is no need to perform road test that frequently, no?
    Refinement of NVH does not require thorough test like this imo.. let’s hope they did some major change

Leave a Reply