ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Camry dan Toyota Corolla Altis dipertingkatkan – Tiada kenaikan harga!

Views

UMW Toyota Motor (UMWT) kini membuka tempahan Toyota Camry dan Toyota Corolla Altis yang dipertingkatkan dengan pilihan aksesori tambahan. Untuk Camry, kesemua varian telah diberi sentuhan kemasan kayukarbon dengan jahitan berwarna coklat pada papan pemuka. Varian Camry 2.5HV Luxury pula ditawarkan dengan kerusi kulit Kogane baru (‘kogane’ bermaksud emas dalam Bahasa Jepun) dengan beberapa aksesori tambahan seperti port pengecas USB dan cermin sisi yang boleh dilipat secara automatik, untuk semua varian. Untuk varian terpilih, Panoramic View Monitor (PVM) turut ditawarkan.

Corolla Altis pula boleh ditempah dengan tambahan aksesori pilihan seperti dua port pengecas USB dan cermin sisi Autofold yang dilipat secara automatik semasa kenderaan dikunci menggunakan alat kawalan jauh (pilihan untuk varian Corolla Altis 1.8E sahaja). Selain itu, semua varian kini dilengkapi scuff plate yang bercahaya di bahgian pintu depan dan belakang.

Peranti Digital Video Recorder (DVR) turut ditawarkan sebagai aksesori pilihan dan dikilangkan mengikut piawaian kualiti tinggi Toyota. Panoramic View Monitor (PVM) juga dijadikan sebagai aksesori pilihan, merupakan sebuah kamera kecil yang memberikan pandangan 360-darjah segenap penjuru sekaligus memudahkan pemandu untuk meletakkan kenderaan dalam petak parkir. Apa yang menarik adalah tiada kenaikan harga untuk kedua-dua model ini.

Harga atas jalan (tidak termasuk insurans):

  • Toyota Camry – harga bermula dari RM148,600.
  • Toyota Corolla Altis – harga bermula RM117,400 dengan pilihan tiga gred.

UMWT turut menawarkan waranti 5-tahun untuk Camry dan Corolla Altis dengan perbatuan tanpa had. Untuk Camry Hybrid, waranti turut diberikan untuk pek bateri sehingga 8-tahun. Acara Showroom Weekender bakal berlangsung pada 15 September ini di bilik pameran Toyota seluruh negara dan anda berpeluang untuk memandu uji  Camry dan Corolla Altis baru. Lokasi bilik pameran boleh dilayari di laman sesawang toyota.com.my atau hubungi Talian Percuma Toyota di 1800-8-TOYOTA (869682).

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply