ARKIB

KATEGORI

Buletin

GrabDurian kembali – Tebus durian D24 dengan hanya 1 mata ganjaran GrabRewards!

Views

Anda peminat durian? Ini berita baik buat anda! Setelah kejayaan acara Sukan SEA KL2017, Grab meneruskan kemeriahan acara sukan tersebut dengan sekali lagi membawakan #GrabDurian, buat kali ketiga. Dikenali dengan The Durian Games, Grab memberi peluang kepada peminat Durian untuk menikmati kelazatan durian D24 yang akan dihantar terus ke rumah anda dengan hanya 1 mata ganjaran GrabRewards untuk ahli Platinum dan 200 mata ganjaran GrabRewards untuk mana-mana pengguna Grab (Harga Runcit: RM90 sebiji) pada 9 September, 2017 bermula dari jam 11 pagi hingga 7 malam sahaja!

Apa yang pengguna buat adalah berlumba untuk mengumpul seberapa banyak mata ganjaran GrabRewards dengan menempah lebih perjalanan dan menggunakannya untuk menebus Raja Buah tersebut. Setiap RM1 yang dibelanjakan untuk perjalanan dengan bayaran tunai layak mendapat 5 mata, manakala mereka yang membayar melalui GrabPay akan mendapat 10 mata untuk setiap RM1. Lebih banyak perjalanan melalui GrabPay, bermakna lebih cepat mata anda akan meningkat!

Untuk kali ini, #GrabDurian akan memperluaskan The Durian Games, melangkaui Lembah Klang dan ia bermakna peminat durian di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching akan turut menikmatinya.

Berikut adalah langkah-langkah untuk pengguna Grab mendapatkan durian D24 dengan mata ganjaran GrabRewards :

Langkah 1: Pergi ke katalog GrabRewards dan pilih #GrabDurian.

Langkah 2: Buat pengesahan untuk menggunakan mata ganjaran untuk menebus GrabDurian percuma. (1 mata GrabRewards untuk ahli Platinum, 200 mata untuk ahli Gold, Silver dan normal tiered) Satu kod promo unik akan diberikan, masukkan nombor tersebut.

Langkah 3: Masukkan tempat untuk naik dan turun yang sama.

Langkah 4: Pastikan pembayaran ditetapkan melalui GrabPay. (Jangan bimbang, pengguna tidak akan dikenakan sebarang bayaran apabila membuat penebusan dengan mata GrabRewards)

Langkah 5: Pilih ikon #GrabDurian dan klik Book Now.

Jika mata anda tidak mencukupi untuk membuat penebusan, anda boleh membelinya dengan harga RM30 melalui GrabPay. Jadi, jangan berlengah lagi, tempah perjalanan anda dan berlumba untuk mendapatkan durian D24 dengan hanya 1 mata ganjaran GrabRewards! Untuk maklumat lanjut, layari https://www.grab.com/my/blog/durian2017/

KLIK IMEJ UNTUK LIHAT ANIMASI GIF

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply