ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Innova kini MPV cekap tenaga (EEV)

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah melancarkan model Toyota Innova serba baharu semalam. Ia juga merupakan MPV keluaran Toyota yang pertama diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV). Innova telah diperkenalkan di banyak pasaran termasuk di negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Seperti versi sebelumnya, MPV generasi kedua ini dipasang di kilang milik UMWT sendiri di Assembly Services Sdn Bhd, Shah Alam, Selangor.

Toyota Innova ditawarkan dalam tiga varian :

  • 2.0G (AT)
  • 2.0E (AT)
  • 2.0E (MT)

Harga Toyota Innova mengikut varian :

  • 2.0G (AT) – RM126,000
  • 2.0E (AT) – RM117,000
  • 2.0E (MT) – RM109,000

Jom kita tengok apa yang menarik mengenai Toyota Innova baharu:

  1. Innova serba baharu menampilkan rekabentuk yang premium terutama pada perincian gril krom dan lampu utama.
  2. Ruang dalamannya dihiasi dengan lampu suasana (ambient light) LED pada bahagian bumbung, stereng balutan kulit serta tombol gear dengan kemasan krom dan perak (bagi varian 2.0G).
  3. Innova serba baharu dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 1TR-FE empat silinder petrol dengan Dual VVT-i yang memberikan kedua-dua prestasi dan penjimatan yang dipertingkat.
  4. Beberapa bahagian di dalam enjin telah direka semula bagi mengurangkan geseran dan berat sekaligus menjimatkan minyak.
  5. Ciri ciri kemudahan baharu seperti sistem kemasukan Pintar & Mula, kawalan pendingin automatik bagi penumpang depan dan belakang serta kotak pendingin (cooler box) di hadapan.
  6. Kabinnya lebih senyap hasil penambahan bahagian penebat untuk menyingkirkan bunyi bising.
  7. Antara ciri ciri keselamatan standard pada Innova serba baharu adalah 2 beg udara depan (pemandu dan penumpang depan) dan beg udara lutut (bahagian pemandu), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Sensor parkir (depan dan belakang) dan ISOFIX.
  8. Innova varian G pula dilengkapi ciri ciri keselamatan tambahan termasuklah tujuh beg udara SRS (termasuk beg udara bahagian lutut), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC), ABS dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA) serta Bantuan Mendaki Cerun.
  9. Toyota Innova 2016 diiktiraf 4-bintang untuk varian 2.0E dan 5-bintang untuk varian 2.0G daripada ASEAN NCAP.
  10. Struktur badan Innova serba baharu lebih kukuh dengan penggunaan keluli tegangan tinggi.

Toyota Innova serba baharu ini didatangkan dengan jaminan lima tahun, tertakluk kepada terma dan syarat. UMWT mensasarkan untuk menjual 4,000 unit Innova pada 2017, dan setakat ini ia sudah menerima 500 tempahan. Untuk maklumat lanjut, layari toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-8-TOYOTA (869682).

KLIK UNTUK BESARKAN

all-new-toyota-innova from-left_mr-hiroki-nakajima-managing-officer-of-toyota-motor-corporation-mr-akio-takeyama-deputy-chairman-of-umwt-and-datuk-ismet-suki-president-of-umwt

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


    • Energy_Efficient_Vehicles
      Dalam bahasa eropah kenderaan cekap tenaga menepati piawaian euro6. Atau tahap M² Dan M³ atau pelepasan carbon yang sangat rendah atau NOx 0.082 Dan lebih rendah

      Standard piawaian EuroVI senang cerita.


    • Kenderaan eev hanya sesuai menggunakan petrol euro4 atau lebih baik dan diesel euro5 atau lebih baik kerana kandungan sulfur nya sangat rendah tidak melebihi 10 mg per kg. Di Malaysia petrol euro4 Dan diesel euro5 sudah berada di pasaran.

Leave a Reply