ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota ‘Magnificent Drive’ tawar rebat tunai sehingga RM5,000

Views

UMW Toyota Motor kini sedang menganjurkan promosi ‘Magnificent Drive’ pada Mac 2017 di kesemua cawangan dan pengedar sah Toyota seluruh negara. Rebat tunai sehingga RM5,000 bakal diberikan untuk pembelian untuk model Toyota terpilih dan untuk model yang lain pula, servis dan aksesori percuma akan ditawarkan.

Berikut adalah butiran mengenai rebat tunai dan tawaran tambahan yang lain bagi model model yang terpilih.

ModelPromosi rebat tunai
ViosRM4,000 atau RM3,000 + 3 Tahun Servis Percuma (Semua varian)
HiluxRM4,000 DC 2.4G (M), DC 2.4G (A) & DC 2.8G (A)
CamryRM5,000 (Semua varian)
AltisRM3,000 rebat tunai + aksesori percuma (bernilai RM5,700) (Semua varian)
InnovaRM3,000 (Semua varian)
FortunerRM3,000 (Semua varian)
AvanzaRM2,000 (Semua varian)
SientaRM4,000 or RM3,000 + 3 Tahun Servis Percuma (Semua varian)

Semua tawaran adalah tertakluk pada terma dan syarat selagi stok masih ada.

Selain itu,  semua model Toyota didatangkan dengan waranti lima-tahun/tanpa had perbatuan (kecuali Hilux yang mempunyai had perbatuan maksimum 150,000km). Untuk Camry Hybrid, pek bateri untuk Toyota Hybrid Synergy Drive mempunyai waranti sehingga lapan tahun. Waranti penuh yang disokong ini boleh dipindahkan kepada pemilik baharu jika ia masih lagi sah semasa dijual.

Hujung minggu ini, bilik pameran Toyota seluruh negara akan mengadakan Toyota Showroom Weekender pada 10 hingga 12 Mac ini. Datanglah beramai-ramai bersama seisi keluarga kerana pelbagai aktiviti yang menarik  bakal menanti di sana. Layari laman sesawang Toyota.com.my atau hubungi TALIAN PERCUMA TOYOTA: 1800-8-TOYOTA (869682) untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

9162_March2017SalesPromo_Press Ad_TheStar 4cs5

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply