ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Outlander kini dipertingkatkan

Views

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baharu sahaja melancarkan SUV Mitsubishi Outlander versiyang dipertingkatkan. Antara ciri baharu yang ditambah untuk versi ini adalah Brek Parkir Elektronik, lampu lantai di bahagian dalam beriluminasi dan antena sirip jerung yang menjadikan model ini semakin bergaya dan anggun.

Outlander SUV didatangkan dengan ciri standard seperti bumbung suria, pintu belakang elektrik dengan ciri anti-picit, lampu hadapan LED dengan lampu nyalaan siang LED (DRL) dan rim aloi dua-tona bersaiz 18 inci. Di bahagian dalam, Outlander dilengkapi dengan tujuh-tempat duduk yang balut kulit, lampu automatik dan sensor hujan.

Harga yang ditawarkan sangatlah kompetitif iaitu RM171,000.00 dan Outlander turut didatangkan dengan pakej waranti lima tahun atau 100,000km, yang mana terdahulu. SUV ini turut menerima anugerah SUV/Crossover Saiz-Sederhana Terbaik dari CarSifu Editor’s Choice Awards pada tahun 2016.

Ditawarkan hanya dalam versi pacuan empat roda, model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun ini dikuasakan oleh enjin 2.4-liter Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control (MIVEC) yang menghamburkan output maksimum 167 PS pada 6,000 rpm dan daya kilas maksimum 222Nm pada 4,100 rpm. Outlander boleh didapati dalam tiga pilihan warna – Merah Metalik, Putih Mutiara dan Kelabu Metalik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Enhanced Mitsubishi Outlander SUV1 New features for a more luxurious touch1 outlander 2017

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply