ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota perluas Kempen Servis Khas penggantian inflator beg udara

Views

Demi memastikan keselamatan pelanggan menjadi keutamaan, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengumumkan Kempen Servis Khas (SSC) untuk menggantikan modul pengembung (inflator) beg udara  penumpang hadapan untuk beberapa modelnya yang telah dijual di Malaysia. Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari Toyota Motor Corporation (TMC), sebanyak 42,000 unit terlibat dalam kempen ini dan antara model tersebut adalah Corolla Altis, Vios, Yaris dan Alphard yang dikeluarkan pada Mei 2010 hingga Disember 2012 dan diedarkan oleh UMWT.

TMC kini sedang berusaha untuk mendapatkan alat ganti dan apabila ia tersedia, UMWT akan menghantar notis kepada pemilik yang terlibat supaya membawa kenderaan meerka ke pusat servis bertauliah Toyota untuk membuat penggantian yang akan mengambil masa antara satu hingga tiga jam. Semua kos yang terlibat akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak UMWT.

Pemilik yang terlibat, boleh segera menghubungi talian percuma Toyota di talian 1800-8-TOYOTA (869682). Mereka juga boleh terus ke laman web khas Kempen Servis Khas Toyota di pautan: https://toyota.com.my/aftersales-services/special-service-campaigns untuk menyemak status kenderaan mereka melalui Penyemak Nombor Pengenalan Kenderaan (Vehicle Identification Number (VIN). Selain itu mereka boleh menyemak status tersebut melalui aplikasi Toyota Drive Apps.

UMWT juga membuka mengadakan gerai khas SSC di acara TOYOTA GO 2017 yang akan berlangsung di beberapa pusat membeli-belah AEON Mall terpilih seluruh Malaysia dan ia termasuk sesi penggantian beg udara. Pengumuman bakal dibuat dalam masa yang terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

vios dugong - trd sportivo 2010-toyota-coroola-altis-thailand-official-08 image.php Toyota-Alphard-2008

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply