Toyota bakal memperkenalkan versi produksi crossover kompak terbaharunya yang paling dinanti-nantikan di Paris Auto Show pada penghujung bulan ini. Tampil buat kali pertamanya dalam bentuk model konsep pada 2014 dan setahun selepas itu pula muncul versi kedua CH-R II dan kemudiannya disusuli versi produksi spesifikasi Eropah di Geneva pada bulan Mac 2016. Model untuk pasaran Amerika Utara pula dijangka bakal membuat kemunculan di LA pada bulan November atau Detroit pada Januari tahun hadapan.
Untuk pasaran Australia pula, versinya adalah hampir sama dengan versi Eropah dan buat julung kalinya Toyota menampilkan warna warna lain CH-R yang nampak hipster dan ranggi, sesuai untuk generasi muda. Selain itu Toyota hanya menawarkan enjin petrol 1.2-liter empat silinder dengan pengecas turbo berkuasa 114hp dan 185Nm daya kilas dengan konfigurasi pacuan roda hadapan dan semua roda. Ini bermakna versi hibrid dengan enjin 1.8-liter berkuasa 120hp yang ditawarkan di Eropah tiada di Australia.
C-HR akan dijual dengan dua pilihan gred. Varian gred tertingginya akan dikenali dengan nama “Koba” (bukan kerbau ye) diambil sempena nama Ketua Jurutera Global model tersebut Hiroyuki Koba, apabila ia tiba di Australia pada suku pertama tahun hadapan. Untuk pasaran Malaysia, mungkin UMW Toyota Motor Sdn. Bhd (UMWT), sudah pun berkira-kira untuk membawanya ke sini, namun bilakah ia akan sampai kita tunggu sahaja pengumuman rasmi dari mereka nanti.
KLIK UNTUK BESARKAN
udoh bebenau rope nye
nampak garang macam kereta batman jer.. hehe..
Toyota dengan C-HR nya manakala Honda dengan HR-V nya..