ARKIB

KATEGORI

Buletin

DRB-HICOM dan Proton hadiah kereta kepada wira wira negara di Olimpik Rio 2016

Views

Sebagai tanda penghargaan di atas pencapaian membanggakan yang dicatatkan oleh kontinjen Olimpik Malaysia di sukan Olimpik Rio, DRB-HICOM dan Proton telah menghadiahkan sebanyak lapan buah kereta kepada wira-wira negara yang telah berjaya memperoleh pingat.
Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Encik Khairy Jamaluddin, diiringi Chef-de-Mission kontinjen Olimpik Malaysia, YBhg Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid. Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM dan Pengerusi Proton, Dato’ Sri Syed Faisal Albar.

Walaupun Datuk Lee Chong Wei meraih pingat perak dalam acara perseorangan badminton untuk kali ketiga berturut-turut, beliau telah dihadiahkan sebuah Proton Perdana kerana merupakan atlet Malaysia paling berjaya dalam sejarah sukan Olimpik  negara. Pingat perak pertamanya telah diraih di Olimpik Beijing 2008 diikuti dengan Olimpik London 2012 dan yang ketiga di Olimpik Rio 2016.

Bagi pemenang pingat perak yang lain, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong (10m platform seirama wanita), Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying (Beregu Campuran Badminton), dan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong (Beregu Lelaki Badminton) masing masing dihadiahkan Proton Suprima S 1.6L Turbo Premium. ‘The Pocket Rocketman’ Azizulhasni Awang, pelumba basikal acara keirin negara pertama yang memenangi pingat di Sukan Olimpik pula menerima Proton Persona baharu untuk pencapaian pingat gangsanya.

“Demi menghargai pengorbanan mereka ini, kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan kereta kereta nasional kepada wira wira negara untuk meraikan kemenangan mereka pada pencapaian mereka di tahap yang tertinggi. Kami berharap agar dengan rekod pencapaiandi Rio 2016 ini, akan menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia.” kata Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM dan Pengerusi Proton. DRB-HICOM dan Proton mengucapkan tahniah kepada semua pemenang pingat yang telah mengharumkan nama negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

photo-op-2 photo-op-1 photo-1

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply