ARKIB

KATEGORI

Buletin

Trak pikap konsep Proton kini di NST-MAI ASEAN Autoshow 2015!

Views

Bagi yang tidak berkesempatan ke Alami Proton, kini anda masih berpeluang untuk menyaksikan trak pikap konsep Proton, kali ini dengan lebih dekat di pameran NST-MAI ASEAN Autoshow 2015 anjuran New Straits Times dan Institut Automotif Malaysia. Pameran tersebut kini sedang berlangsung bermula dari 12 hingga 15 November bertempat di Pusat Pameran Antarabangsa Malaysia & Convention Centre (MIECC) di MINES Resort City, Seri Kembangan.

Pengunjung tutut berpeluang menyaksikan beberapa kereta klasik koleksi Sultan Selangor selain berpeluang memenangi hadiah khas termasuk tawaran eksklusif dan pakej kewangan khas sepanjang tempoh pameran ini. Selain itu Subaru All-Wheel Challenge dan Ford Ranger Experience juga diadakan untuk mempromosi produk terbaharu mereka selain memberi peluang pengunjung merasai kehebatan kejuruteraan mereka.

Paling menarik adalah pelancaran bas elektrik pertama Malaysia dan peluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM200,000 yang terdiri daripada sebuah Peugeot 208 bernilai RM85,000, sebuah robot Pengangkutan Peribadi Ninebot yang bernilai RM14,000 dan sebuah motosikal Modenas bernilai RM5,000. Jom kita ke sana!

Foto dari laman Facebook rasmi Proton Cars.

12189288_1025093067514178_3262471543899281377_o 12246680_1025093064180845_8643145375409907154_n 12247774_1025093027514182_7018861042402872038_o

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments


  • Isuzu pnya market share makin mmbesar trutama di sabah/S’wak..
    Concept ni ada rupa, ada gaya. Jika formula proton guna mjadi, aku yakin proton bole kluarkan pick-up / arena generasi ke2 dgn bjaya.


  • maybe a cheap jimny sized is more feasible in this market… easy,. fun and off road high capability and not heavy on fuel. good for shopping as well as light off road.


    • sangat22 setuju..mohon PROTON bukak satu kilang sane satu..ofkos kene bukak servis centre…so beribu warga sarawak / sabah akan dapat pekerjaan. Sekaligus produk proton digunakan meluas di sabah sarawak.


  • Exora potong bumbung version.. itu je la keje engineering Proton..

    buat mcm2 konsep.. enjin nk cekau mana… stkt enjin pekak Camtakpro tu babai la.. setakat jual dalam kampung boleh laaa
    Iriz body cutting n design boleh kate menarik tp enjin hampeh.. noisy + vibration terutama rpm>> 1k-2k.. xsettel2.. suruh engineer power train kt Proton masuk kelas subject dynamic n vibration balik lah.. org lain dh buat enjin senyak sejak 30 tahun dlu.. Proton masih terhegeh2 tak tau punca..


    • aku tak nampak sebarang cadangan penambahbaikkan atau educated comment..
      kalo mengomel camni..adik aku baru darjah 6 tu pon boleh….komen2 pastu takde solution..hmmmm..aku pun hairan dengan budak2 skrg..

Leave a Reply