ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tun Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Proton dan Lotus!

Views

Proton Holdings Berhad mengumumkan peletakan jawatan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Proton, berkuatkuasa serta merta. Pada masa yang sama, Yang Amat Berbahagia Tun turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Group Lotus plc, anak syarikat milik penuh Proton.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Proton sebentar tadi, “Kami menghormati hasrat Yang Amat Berbahagia Tun untuk berundur dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan, komitmen serta dedikasi beliau sebagai Pengerusi sejak 2014 dan juga sebagai Penasihat sejak tahun 2003. Kami ingin mengucapkan terima kasih dan mengiktiraf peranan Tun Dr. Mahathir sebagai pencipta syarikat kereta nasional.”

Apa komen anda mengenai berita ini?

Foto sumber dari Ismaweb. Grafik Funtasticko.net.

tun mahathir letak jawatan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Rombakan pentadbiran Dan pengurusan Proton bagi memastikan kelangsungan proton, lotus Dan DRB itu sendiri.. Kebelakangan ini Proton membuat pengakuan kelemahan khidmat selepas jualan, ianya tindakan yang baik.. Tetapi memperbaiki kelemahan Serta merta adalah tindakan yang lebih baik Dan terbaik.. Pentadbiran silih berganti, tetapi Proton masih berdiri teguh meneruskan legasinya sampai bila-bila.. Terima kasih Yang Amat Berbahagia Tun M.. Kepada pentadbiran Dan pengurusan baru usaha dengan lebih keras Dan lebih bijak lagi..


  • Saya berpendapat jawatan ‘executive chairman’ yang dilepaskan oleh Yang Amat Berbahagia Tun M patut diganti oleh ‘Osamu Suzuki’.. Kita sudah sedia maklum, rakan strategik proton yang baru adalah ‘Suzuki’.. Suzuki juga merupakan salah sebuah syarikat automotive terkemuka Dunia..

    Manakala untuk jawatan pengerusi Lotus pula boleh diganti oleh Martin Winterkorn.. Beliau merupakan bekas chairman of the board of directors (CEO, Vorstandsvorsitzender in German) of Volkswagen AG, Volkswagen Group, dan bekas chairman of the supervisory board of Audi and Porsche Automobil Holding SE..

Leave a Reply