ARKIB

KATEGORI

Buletin

Roborace – perlumbaan kereta tanpa pemandu terpantas di dunia!

Views
Roborace — The Car of the Future is Here

Adakah ini perintis kepada perlumbaan pada masa hadapan? Pencipta perlumbaan kereta elektrik Formula E telah mengumumkan Roborace, yang merupakan perlumbaan kereta tanpa pemandu pertama di dunia! Siri perlumbaan ini akan menggunakan kereta elektrik tanpa pemandu yang bakal bersaing selama sejam yang bertujuan untuk menguji kecerdasan buatan (artificial intelligence).

Yang paling menarik, siri perlumbaan yang akan bermula tahun ini akan berlangsung di litar dan tarikh yang sama dengan kejohanan Formula E, dengan menampilkan sepuluh pasukan dan 20 buah kereta lumba. Kita di Malaysia cukup bertuah kerana Putrajaya merupakan salah satu litar yang termasuk dalam siri perlumbaan tersebut.

Teknologi yang akan digunapakai juga dikatakan lebih baik daripada manusia. Kereta lumba tanpa pemandu ini mempunyai kelajuan melebihi 300kmh, namun pembangunanya masih pada peringkat awal. Kereta lumba Roborace direka menggunakan kepakaran Daniel Simon, yang merupakan pencetus kepada rekaan motosikal cahaya dalam filem Tron Legacy. Kalau nak tahu bagaimana bentuknya boleh lihat foto dan video yang kami lampirkan di sini.

Bayangkan jika perlumbaan ini berjaya, ada kemungkinan nama-nama seperti Lewis Hamilton, Nico Rosberg dan lain-lain terpaksa menukar kerjaya lain selepas ini. Kami hanya membayangkan Roborace ibarat perlumbaan kereta Tamiya bersaiz besar dengan teknologi lebih maju. Semoga berjaya!

Roborace_Front_Blue_4000px.0 roborace1

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply