ARKIB

KATEGORI

Buletin

UD Croner pemasangan tempatan dilancarkan – Model CKD pertama di luar Jepun

Views

UD Trucks dan Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE) mencatat satu lagi kejayaan apabila mengeluarkan model pemasangan tempatan (CKD) trak tugas sederhana UD Croner buat pertama kalinya di kilang Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd (TCMA) di Segambut. Pencapaian ini menjadikan Malaysia sebagai pasaran pertama di dunia yang memasang CKD Croner selain di Jepun.

Pengeluaran UD Croner pemasangan tempatan hadir dalam tempoh kurang setahun selepas ia dilancarkan di Malaysia pada Ogos tahun lalu. Pengarah Urusan Hab Malaysia UD Trucks, Filip Van den Heede berkata, UD Croner ialah trak tugas sederhana yang versatil, kebolehpercayaan, selamat dan menjimatkan bahan api yang direka untuk meningkatkan produktiviti dan masa beroperasi.

Pengarah Ekekutif Tan Chong Industrial Equipment Sdn. Bhd., Tan Keng Meng, berkata, keupayaan syarikat menghasilkan trak UD Croner pemasangan tempatan di kilang nyata mengukuhkan lagi kecekapan Tan Chong Group dalam menawarkan rangkaian penuh perkhidmatan untuk industri trak. UD Trucks dan Tan Chong Group juga telah mempunyai kerjasama yang kukuh serta berjaya selama 40 tahun.

TCIE akan menghasilkan 150 unit CKD Croner yang terdiri daripada pilihan kotak gear manual dan auto untuk dua model iaitu Croner PKE dan Croner LKE. Croner PKE yang dikuasakan oleh enjin enam silinder penuh kuasa adalah untuk kegunaan sederhana-berat dalam jarak jauh. Manakala Croner LKE pula ialah model serba guna untuk kegunaan di bandar dan penghantaraan dari bandar ke bandar yang fokus kepada aspek kecekapan pengangkutan.

Tan Chong Group telah melabur lebih RM1.5 juta untuk pembinaan saluran pengeluaran trak tugas berat UD Quester pemasangan tempatan dua tahun lalu. Sebanyak RM4.5 juta pula telah dilaburkan bagi mengembangkan kapasiti pengeluaran TCMA, termasuklah pemasangan CKD Croner. Sebahagian daripada pelaburan itu digunakan untuk meningkatkan kemudahan pemasangan seperti badan dan cat.

UD Trucks pula akan menyumbang dari segi meningkatkan keupayaan pasukan jurutera tempatan dengan berkongsi kepakaran teknologi dan pendekatan latihan amali. Ini bagi memastikan pengurusan kemudahan yang telah dikembangkan ini lebih cekap dan pengeluaran UD Croner pemasangan tempatan yang lancar.

Pengurus Kualiti KD UD Trucks, Tomoharu Takigawa, berkata, TCMA dengan operasi pemasangan tempatan (CKD) telah mencapai standard kualiti dan kecemerlangan operasi UD Trucks. Tan Chong Industrial Equipment memiliki rangkaian 43 pusat servis dan pengedar yang ekstensif di seluruh negara. Sebarang pembelian trak UD akan disokong oleh perkhidmatan UD Extra Mile Support yang merangkumi Servis dan Alat Ganti Tulen UD, Latihan Pemandu UD, UD Telematics dan Perjanjan Perkhidmatan Jujur UD kepada para pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply