ARKIB

KATEGORI

BuletinUlasan Pandu Uji

PANDU UJI : Nissan Serena 2018 – Dua kali kami kantoi perangkap had laju

Views
Dua kali kena saman ekor? Berapa laju kami pandu Nissan Serena Generasi II

Semasa sesi pandu uji khas media untuk Nissan Serena terbaharu ini, nasib kami malang sebab kena saman melebihi had laju dua kali. Buktinya ada dalam rakaman video ini. Apa pun, Pengarang kami, Shamsul Yunos suka dengan kenderaan ini kerana ia ditawarkan pada harga yang berpatutan antara RM135,000 hingga RM147,000.

Selain dari kabin yang besar, ia juga praktikal kerana aturan kabin boleh diubah mengikut keperluan pengguna dan ia didatangkan dengan pintu belakang yang boleh dibuka dua cara bagi membolehkan kereta ini diletakkan di tempat sempit, tetapi masih boleh dibuka. Selain dari itu ia juga datang dengan tujuh port 7 pengecasan USB dan sistem kuasa hibrid ringan yang lebih canggih.

Untuk episod kali ini kami ada hos jemputan istimewa, Al Bakry Salehuddin yang turut memberikan ulasan dan pendapatnya pada model MPV tujuh tempat duduk ini. Jom kita tonton! Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube FuntastickoTV untuk menjadi yang terawal menonton video terbaharu kami. Terima kasih atas sokongan anda.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply