ARKIB

KATEGORI

Buletin

Variant Proton Exora FL

Views

Variants:
1.STANDARD B-Line
2.BOLD M-Line
3.BOLD H-Line
4.PRIME

1. STANDARD B-Line
Engine: Campro CPS
Gearbox: MT Only

No change

2. BOLD M-Line
Engine: Campro CPS
Gearbox: MT & AT

*New Front Bumper & Grille (improve air flow)
*New Blacked Out headlamp
*New Rear Skirting
*New rear Combi Lamp

3. BOLD H-Line
*Engine: 1.6 Campro CFE (205 torque @ 2000rpm)
*Gearbox: CVT Only

New Front Bumper & Grille (improve air flow)
New Blacked Out headlamp
New Rear Skirting
New Rear Combi Lamp

*Leather Wrapped Steering wheel
*New finishing (Center Panel)
*Reverse Camera projected on Rear Mirror
*Electric Folding Side Mirror

*New 16″ Sport Rim
*4 Disc brake
*4 wheel ABS + EBD

4. PRIME
Engine: 1.6 Campro CFE (205 torque @ 2000rpm) Gearbox: CVT Only

New Front Bumper & Grille (improve air flow)
New Blacked Out headlamp
New Rear Skirting
New Rear Combi Lamp
*Rear Garnish (Warm Grey)

Leather Wrapped steering wheel
*Leather Wrapped gear shift
*New Walnut Finishing (Center Panel)
*Electric Folding Side Mirror
*Integrated Touch screen Monitor + Navigation + Reverse Camera
*Headrest Monitor on driver & front passenger head rest *2nd row captain seat (6 Seater)
*16″ sport rim (Riche Gold)
4 Disc brake 4 wheel ABS + EBD

sumber : proton-sales.blogspot.com

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

92 Comments


  • Center panel dengan walnut finishing tu – EPIC Failure! Ingat 90an ke? Jika tengok gambar sebelum ni, wood line dia tebal dan vertical pula tu. Siapa punya idea ni? Meh nak kena tembak dengan senapang gajah. Kalau dia buat metal finish pun takpe (walaupun plastik).


    • kan exora ade byk varian,bukannye walnut finishing ntuk semua variant, kalau x nk yg center console walnut x yah ambil exora prime, ambik le exora bold h-line,tetap enjin CFE gak.. itu semua bkn masalah besar pun,sesetgh org je yg suke besarkan perkara remeh,padahal ade pilihan kot….


      • So, kalau ada orang yang minat Exora Prime tapi tak minat center console tu sebab ada walnut trim, dia kena pilih H-Line sebab enjin sama walaupun dalam tak sama? Macamtu? H-Line dan Prime tu dah berbeza banyak spec dia.

        Mana patut letak istilah remeh bila design sesuatu. Campromania kalau dia fikir itu ini remeh, design dia takkan cantik. Tengok dia buat design, sentiasa menarik sebab aku pasti setiap kali dia buat design, dia akan ambil berat tentang semua hal hatta sebiji titik sekalipun.

        Betul kita tidak boleh penuhi kehendak semua orang. Tapi jika ramai (sila rujuk beberapa blog lain) yang komplen pasal walnut trim tu, apa maksudnya?


      • bro void dance, memang sy dok perhati ramai yg kurang berkenan dengan walnut efek tu… ada kemungkinan kat sini, gambar yg kita tengok tu still prototype, dashboard masih lg grey lama, sepatutnya dah gelap macam MC1, sebab tu walnut tu nmpak macam x masuk dengan overall dashboard.. lagi 1 disebabkan design centre console tu memang dah plain & bland, tak nampak menyerlah la efek tu & buatkan ia nampak old skool.. sy sebenarnya suka efek centre console exora prime concept tu, nampak mewah dia http://ezzygetacar.com/wp-content/uploads/2009/04/proton-exora-prime-concept-10.JPG


      • Kalau yang macam Campromania bagi link tu, nampak lebih baik. Rasanya lebih baik designer di Proton tinggalkan wood trim kerana ianya tidak lagi melambangkan kemewahan. Wood trim sekarang orang ‘associate’kan dengan kereta-kereta dari negara China atau kerena mewah saja.

        Saya duga target market Prime adalah untuk eksekutif berusia 40 tahun ke atas yang sudah berkeluarga.

        Apa pun, kereta-kereta Proton ni kena pergi tengok depan mata untuk menilainya. Selalunya gambar langsung tak beri ‘justice’. Design mereka biasanya jenis ‘semakin lama semakin sayang’. Hahahaha. Agaknya begitu. Ikhlas cakap, front profile Exora baru ni sangat ‘stunning’.


      • tak bole salahkan juga geng2 designer proton, kadang2 mereka ini di overun oleh dept marketing n sales yang kononnya bijak pandai dalam bab nak pilih warna la..finishing la..dierang memang biasanya buat2 pandai dlm bab ini dan biasanya mereka lah the last standing opponent dlm membuat keputusan. namun sebenarnya maybe ini hanyalah soal bias masing2, bagi kita yg berumur belia dan baru ada anak seorang dua ini rasanya lebih menyukai design2 ke arah mirip sporty dan premiun avangarde namun jikalau yang berumur 50an ke atas? dierang juga ada data marketing tersendiri.. so kita tengok lah dah on the road n salesnya macam mana..

        *adakah dengan sedikit data itu ini akan membezakan jualan? kena sedar juga bahawa proton bukan lah giant manufacturer or real premium car company.. yang penting mampu milik.. (nanti ini pun di pertikaikan…haha..)


      • Link yg bro campromania bg tu (interior dashboard exora prime) tak sure betul..

        Dan pic dashboard walnut finishing tu pon mungkin belum finalize sbb:

        1. Klu perasan dashboard dia color grey, bukan hitam.. So itu dashbord exora lama.. Bukan MC1..

        2. Klu perasan shift gate dia ada PRND32L, spatutnye klu CVT PRNDL + SAT button..

        3. Mmber ada kata, dia ada pegi kt vendor td, dashboard hitam + walnut finishing mmg cun, tak macam yg dlm pic tu dashboard grey + walnut finish selekeh ckit..

        Info2 ni tak official, apa pon tgu jumaat ni..


    • Yang ni aku setuju sangat!.. memang failure la wood finishing tu!.. Aku tengah berangan2 nak beli exora turbo terus terkebil2 tengok interior dia…


  • Aku ada satu comment yang aku harap Management Proton baca.

    Kenapa setiap kereta proton ada banyak sangat variasi? B-Line lah, M-Line lah, H-Line lah.. apa tujuan nya… kalau target market satu untuk orang yang suka premium, dan satu untuk orang suka price rendah, then buat je lah B-Line dan Premium Line. B-Line ada AT dan MT, both engine CPS. Premium Line ada AT dan MT, both engine CFE.

    Dah cukup.. 2 variasi dan setiap variasi boleh pilih manual atau auto. Kilang pun jadi efficient. Kan senang tu, sapa nak mewah sikit amik la premium..


    • Bro,

      Sy rasa nak markup price, sebab mostly pembeli proton tak akan keluar muka 10% @ tak ada budget, kerana monthly tak beza banyak.

      Average setiap 1k downpayment beza monthly sekitar rm10.00.

      Beli B-line markup H-line……..


    • itu dinamakan offering.

      xsume org ada $ nk amik h-line, so m-line memadai.
      b-line mmg cukup $, tp gajet kurang..

      prime ni pada aku top offering, bukan yg selalu ada.

      well..kalu tgk gmbo tu mmg xcun panel “kayu” tuh.
      mgkn kita kena tunggu yg hi-res punya gmbo.

      hah..kalu xcun, cabut je la panel tu, xpn beli sticker corak carbon fiber DIY balut. lg cun!

      ps: aku dr dulu lg xberkenan design dashbod exora nih, huduh 😛
      exora tu secara exteriornya bersegi2, so dashbod pn patutnya “masuk” la dgn character exterior tuh.
      buat segi2 sket, bukan lonjong.
      tang dashbod nih aku mmg ske design honda!


      • Aku setuju. Kita ni market x besar, model MPV Proton pun ada 1 ni je, jgn bandingkan dgn syarikat2 kereta lain yg ada byk variasi model.
        Dgn 1 model ni juga kita nak jual ke target audience yg dtg dari pelbagai demografi, so offering kena banyak. Jgn bandingkan dgn Saga FLX, itu kereta yg mampu milik utk kebanyakan org, variasi sikit pun ramai org beli.
        Aku x nmpk masalah tang tu.
        Cuma aku nmpk masalahnya tang interior Prime tu la. Walaupun x nmpk lagi official images, aku mengharapkan sepatutnya depa release mcm yg depa show Prime concept masa Exora launch dulu. 2 tone interior, padanan black & cream menampakkan class & roomy, secara otomatik interior Exora yg boring tu nmpk menarik.


    • sekurang nya dgn pelbagai variant yg mengena setiap keperluan market ia lagi meluaskan skop pemasaran/jualan proton. lain lah jikalau proton ada program tailortrim ke ape macam kat USA/UK ke ape..kat sana sampai ke fabric pun kita bole pilih sekian2..

      kita bercakap sebagai pembeli, cuba kita cakap sebagai penjual? lain asasnya dan biasnya.


    • klu bro ahmad yg menjual kereta ni baru la bro faham kenapa..

      benda ni customer jugak yg dok mintak.. nak puas kn hati semua org bukan senang..

      tak semua pendapatan org kt malaysia ni sama

      tak semua loan customer boleh lulus dgn range yg lebih kurang sama

      tak semua customer ada cash yg banyakk nak topup dp skali loan kena reduce..

      setakat exora ni baru ada 4 variant je

      tak rasa lg jual alphard… ntah smpi berpa variants pon aku tak ingat.. lagi banyak.. haha..


  • Kita rewind balik jangkaan saya sebelum ini.

    azrai says:
    December 5, 2011 at 3:49 pm
    Berdasarkan perkiraan harga Exora sekarang dan praktis Proton dalam pricing dia, ni anggaran yang saya buat:-

    1.Exora Basic – RM60k+ (Enjin CPS Manual)
    2.Exora BOLD (Executive) – sekitar RM 66k manual, RM 72k CVT (Enjin CPS)
    3.Exora BOLD (Premium) – sekitar RM 79k CVT sahaja (Enjin CFE)
    4.Exora PRIME – RM88k CVT (Enjin CFE) *88 ambik Ong Tahun Baru Cina

    PS:-Tunggu adakah harganya juga dalam lingkungan ini??

    Jadi Exora masih gunakan term M-Line & H-Line bukannya Executive & Premium macam Inspira?


  • blog ni mmg terbaik la…

    bini aku sebok suruh aku angkat exora lps tunjuk gmbr kat blog ni.
    tp aku plak nak p321a turbo sbb anak baru sorang. huhu..

    pening2….


  • ko tunjuk je gambar exora yg x elok skit… dah 2 tunjuk gambar P3-21a yang elok… insyallah dia pilik P3-21a lah… hehehehe


    • bagi saya la, ambil je la Exora cfe nh. Lagipun Berbaloi. X pun bincang la pasal harga. P321a starting mingkin 60k. Boleh simpan duit muka tinggi. jadi bulan2 sikit. Tapi bro, kelebihan MPv nh , bro x kan rasa sempit sampai la anak bro ada 4. Itu pun kalau nak 4 la. hhahahaha..Melawak jer. Ikut la bro. Buat berbincang.


  • rasanya proton tak akan guna term hline dgn mline lagi dah, saga flx pun guna executive dgn standard utk dua2 varian.. yg baru 1.6 jadi SE

    dan setahu saya proton tak guna auto gearbox dari mitsu lagi, so exora ni saya yakin akan guna cvt utk suma varian termasuk mline (executive)

    gambar exora prime tu mcm bukan final produk, kemasan tak baper cantik dan kaler pun yg lame punya


  • Saya rasa kerajaan patut ambik Exora Prime sbg kereta rasmi kerajaan menggantikan Perdana yang da toooo oldskool…

    Cume kene executivekan kan upgrade skit bagi warna hitam bling2 krom2 sket…
    1. seat hanya ada 5..seat blakang 2 seat ala2 kapal terbang 1st class siap ade mesin urut skali…l
    2. ade tv yg boleh wat video conference…
    3. Sound system Blaupunkt atau Bose…
    4. Curtain airbag utk seat blakang

    Amacam?? =)


      • EV tak tahan lasak…kang menteri2 nak balik kawasan xde tempat nak charge kereta
        Better pasang NGV…hehe…boleh ke enjin CFE pasang NGV?


      • jimat la sangat pakai EV tu.. buatnya bateri kong.. agak2 berapa seketul bateri EV.. yg kes Tribunal baru nih Honda caj RM10ribu.. yg kes kete baru bateri dah kong tu..


      • sebab tu kena tunggu proton buat yang reliable and cheap, sekarang ni kebanyakan company tengah develop benda ni, xkan nak suruh proton develop engine guna minyak je, kalau boleh develop hydrogen fuel lagi bagus sebab totally clean and produce better output, cuma masalah hydrogen fuel skrg ni ialah untuk menyimpan hydrogen ni dalam tong gas, memerlukan tekanan yang tinggi kalau nak convert gas to liquid hydrogen…


  • ramai jugak yg komen wood trim pd exora prime. nmpknya ada perbezaan berbanding konsep prime yg dipamerkan dulu.

    rasanya tu dah final dh. aku pun mcm xberapa brkenan sbb mcm tak ngam dgn warna dashboard. tp mngkin org2 prtghan umur minat kot.


  • selamat tinggal wish…dah terlalu lama dgn vvti. pakai exora cfe ni berbaloi-baloi.Kurangkan monopoli berterusan toyota&honda. support mpv nasional kita.. syabas team R&D Proton yg bertungkus lumus siang &malam menguji CFE ni semaksimum mungkin.


  • em,psl interior,no komen selagi xtgk dpn mata sendiri n xda gambo official. Klu tgk inspira,tolak nappa leather n krom logo, lining kat dashboard 2.0p lg lawo dr lancer gt,nampak lg elegan.
    Tp aku rasa, mgkin designer prtn xdala bongok sgt kot,mgkin walnut effect yg jenis premium. Xtaula kot mmg bongok pun :-).
    Cume klu btl pkai 4at manual mitsu utk baseline n mline,mmg daku keciwa,coz bknlah kata 4at n manual mitsu ngan exora teruk, just ok jek,minyakpun ok jek. Tp aku suka mcm prtn buat kat flx, barulah panggil relevation.
    Jauh ngat beza flx ngan blm mahupun fl. Kan prtn kata komited utk jd lebih baik. Exterior n interior, rasa dah umph dh walupun ada klemahan sini n sana, tp jgnlah perkecilkan pengguna b-line n m-line, walupun mgkin nk promosi lebih kat cfe(mmg patutpun promosi lebih),bglah manual getrag n cvt punch yg lebih jauh lebih bgs dr manual n 4at mitsu.
    Xsume org akan amik cfe@prime, rata2 akan amik m-line. Harap2 jgnlah xda perubahan langsung utk pwrtrain m-line n b-line. Cfe bold n prime, xda masalah, yg m-line n b-line yg aku keciwa klu masih pkai yg lama. Klu flx bleh bg cvt n manual getrag,xkanlah exo yg lg mahal xleh bg. Tlg prtn,buktikan aku slh, bg manual getrag n cvt kat base n m-line.
    Em, gambo bold kat blog prtn sales tuh mcm m-line jek coz sportrim cam saiz 15 n mcm mc1 punya jek. Bukan ke pkai rim 16 yg mcm kat test drive unit? Kat platepun tulis exora fl.


    • kalau nak tukar pakai kombinasi cvt+cps nanti proton kene buat testing lagi padahal untuk jual kat pengguna b-line & m-line aje…pakai gearbox auto mitsu pun ok laa cume minyak kuatlah..
      untuk letak enjin turbo + cvt pun da makan kos yg tinggi utk rnd..


  • bagi aku torque ikut keperluan la, kereta kalau nak bawa orang maksimum pun dalam 5 orang. mpv 7 orang sbb tu torque tu penting bagi mpv.
    p321a pun akan pakai cfe, mungkin ada torque adjustment supaya lbh rendah, tapi hp tinggi sikit, mgkn tu yg jadi 151hp. klu kurang sikit drpd 205Nm pun ok sbb kereta tak seberat mpv, kurg load/beban. mgkn performance lbh krg je dgn inspira 2.0, klu krg pun sikit sgt.


    • CFE hasilkan HP dan torque lebih tinggi daripada Innova 2.0 sedangkan CFE hanya 1.6.

      prinsip asas tenaga: tenaga hanya boleh diubah bentuk, maka untuk mendapatkan lebih banyak tenaga, perlulah menggunakan lebih banyak sumber tenaga. lagipun, bukan beza byk sangat pun, 8.3L vs 8.0L utk 100km, hanya 300ml, tak sampai pun satu tin coca-cola. kalau dalam ringgit, 60 sen jek utk setiap 100km… byk sgt ke beza tu? ini juga menunjukkan 1.6CFE lebih efficient berbanding Innova 2.0. lagipun, roadtax 1.6 dah jimat RM290 setahun berbanding Innova beb!


    • Rasanya tu bukan official dari Proton. Biasala zaman sekarang, macam2 cara nk menjatuhkan pesaing. Cuba tgk kualiti gambar luaran Exora tu, kalaulah Proton nk tunjuk dlm official slide presentation diorg, for sure gambar yg terbaik, ni macam gambar curi2 je.

      Aku rasala, dah ada salesman atau agen2 pesaing Proton yg mula risau, dan mula nk cucuk jarum. Kalau org percaya propaganda diorg buat ni, sikit sebanyak sales Exora akan terjejas psl org akan tgk, fuel consumption lagi tinggi dari Livina & Innova. Kalau tengok kat blog Paul Tan tu sendiri, article tu source nya – unknown. Hmmmm… ntah la kan.. ni instinct aku je.. 😉


  • Dalam blog Kizz Kazz tu ada brochure rasmi & colour options utk Exora nih. Personally aku kureng setuju warna Prime tu hanya ada Absolute Brown sbb coklat bukan semua orang boleh accept (aku salah sorangnya lah). Dan nampaknya, warna hitam dah takde utk line-up Exora yg baru ni even utk B-Line, ada gantian warna baru Cocoa Gray.

Leave a Reply