ARKIB

KATEGORI

Buletin

Khazanah Nasional jual sahamnya kepada DRB-HICOM, kata Tun Mahathir

Views

Adakah benar apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir yang juga merupakan Penasihat Proton ini? Nampak gayanya 42.7%  saham yang telah dipegangnya bakal dijual tak lama lagi, tetapi masih lagi belum pasti sama ada dijual sepenuhnya atau sebahagian sahaja. Jika benar ia berlaku DRB-HICOM juga mempunyai hak dalam pengurusan Proton nanti. Diharapkan tiada perubahan struktur organisasi atau lebih lagi MD baru, sebab DSSZ telah berjaya melaksanakan tugasnya dengan begitu baik sekarang dengan memulihkan keyakinan pelanggan terhadap kualiti jenama Proton. Yang amat dirisaukan berlaku ialah sejauh mana kemampuan kewangan DRB-HICOM untuk memberikan dana kepada Proton yang amat memerlukan suntikan modal untuk membangunkan produk masa depan.

* Diharap DRB-HICOM dapat membantu Proton nanti, jangan jual kat VW sudah le, bukan tak bagus syarikat luar ambil alih, tapi kalau fikir balik kes terkini VW dengan Suzuki, sendiri mau ingat la ye, fikir-fikirkan… 🙂

sumber : paultan.org

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

46 Comments


  • aiseh, hrp DRB-HICOM x membantutkan R&D proton dlm develop teknologi automotive sendiri……..pling malang klu DRB hanya gunakn proton semata-mata utk rebadge model brand lain

    hrp2 DSZ tetap kekal sbgai big boss proton sbb beliau mmg org layak utk lead proton bkn shj sbgai pengeluar kenderaan semata-mata tp sbgai pencetus teknologi “made-in-malaysia”


  • Kalau jual pada VW pun, mungkin setakat separuh dari syer je kot. Beli 47%++, so jual balik ke VW dalam 25% pun dah kira okay. Takkan DRB nak jual semua, rugilah diri sendiri nanti.

    Bolehlah ada alasan VW untuk guna kilang Proton pasang VW. Kalau dia nak bantu pun, akan jadi macam Skoda, ada model yang base old model VW dan ada model 100% Proton design sendiri. Untungnya jika enjin boleh source dari VW…

    Tapi itu pendapat peribadi la.


    • Mmm… haha. jgn bermimpi VW nak share teknologi enjinnya. Selain share yg lebih besar diberikan pdnya, JV proton/VW tu gagal bila VW memberi alasan share besar tu perlu supaya hak intelek rahsia teknologi enjinnya tidak diciplak dan bagaimana mgkin proton bleh pastikannya melainkan dgn penguasaan yg besar pegangan share VW dlm proton. So, apa maknanya?… maknanya bila share jadi majoriti, U must follow my rules, VW xkn pastikan teknologinya dipelajari oleh proton. I hanya bleh kasi platform dari model2 lama2 I utk u create your own new model. U nak passat? ok.. ambik… tapi bukan yg terbaru laa…:) itu la senarionya:)

      cheers!


  • jangan jadik mcm MAS dahla..habis tunduk pada air asia (tony fernandez)..dah elok-elok MAS naik bile joint dgan Air Asia(salah satu dlm kump DRB Hicom) nampak mcm ade yg x kene…so harap2 proton x tinggal nama atau lenyap lepas ni bila diambil alih oleh drb-hicom yg boleh kataka kuat politik biznye..harap2 proton x jadi macam MAS dan syarikat automobil british yg lain….p/s teringat pasal tony fernandez nak ambik hak lotus dlm proton…kita tgk apa yg akan berlaku pd proton lepas ni…


    • Lotus tu aset teknologi proton masa depan, risau gak nanti drb jual lotus kat vw or kat encik bahar..nampaknya macam ke arah tu je ni..kalau jadi proton hilang sumber teknologi sedia ada walaupun dah boleh bangunkan sendiri, tapi still nak kena ada back up, baru la kuat


    • Rasanya AirAsia tu bukan kumpulan DRB-Hicom. DRB-Hicom jual murah je ke Tony Fernandes sebab time bawah diorang, AirAsia tu melingkup.


    • Mmm… ada dua kemungkinan jer; satu jual less 10% pegangan sahamnya dan still masih jadi majoriti share. Atau khazanah mmg dah nazak sangat dan mmg sangat2 dah tak mampu suntik dana modal pelaburan prootn utk model2 masa depannya diorg terpaksalah declare mandatori share iaitu melepaskan 30% atau lebih share nya. Kalau mandatori share nie dilepaskn pada DRB-Hicom, diorg nie pun terikat ar dgn terma2 kritikal yg prootn n khazanah tetapkn seperti kemmapuan mmberi sutikan modal berterusan utk pelaburan masa depan prootn. Persoaalannya adalah mmpu kah DRB-Hicom? Kalau jawapannya mampu, DRB-Hicom pula akan terpaksa menghadapi cabaran lain plak seperti keuntungan syarikat berkurang dan kos operasi syarikat perlu distruktur semula, implikasi drp tindakannya belian saham besar itu.

      my 2 cents.

      Cheers!


  • Jadi confirmlah dapat RM500 bagi golongan isi rumah pendapatan kasar kurang daripada RM3000 sebab kerajaan dapat duit daripada penjualan ini. 🙂


  • Jangan peristiwa lama berulang lagi, bila proton untung ramai yg mahu ambilalih bila rugi minta kerajaan bailout. Hangus lagi duit rakyat dan kaya raya kroni kekenyangan. Minta maaf business kat mesia ni kalau bukan kroni jgn haraplah nak dpt projek atau saham GLC. Bukan apa DRB-HIICOM ni milik kroni madey sebab itu penasihat proton pasti utamakan kroni. Sekarang bukan setakat vendor aje kroni dgn proton sekali jadi syarikat kroni. Malaysia boleh!!!

    Bukannya saya anti kerajaan tanpa sebab tetapi dah serik dgn kroni umnoputra. Bila GLC diswastakan bukan makin maju tetapi rakyat yg tanggung sengsara seperti MAS, PLUS, PEWAJA,FTZ dll. Kenapa kerajaan mahu jual GLC yg untung dan kerajaan dah banyak melabur didalamnya. Nanti kroni ini akan dpt pinjaman mudah dari KWSP dgn faedah yg rendah 2% dgn aset Proton berbilion RM. Utk selamatkan kroni, biasiswa utk pelajar bumiputra dihapuskan. Kasihan generasi sekarang belum/baru kerja dah tanggung hutang.

    Saya setuju jika harga proton jadi lebih berkualiti dan murah tetapi saham pun beli dgn harga tinggi macam mana nak jual kereta harga murah.


    • bang, kalau du;lu sebelum syed mokhtar ambil drb-hicom, memang lee kroni madey…skrg ni, semua company bawah syed mokhtar mcm drb-hicom ni run by profesional…. nak harap company lain nak bagi can kat org klita jadi boss.. jgan haraplah… ini je peluang org kita nak jadi head of company… proton ni pun sama la… kalau DSZ bagus, dia la jadi boss nya…


    • lebih baik jual kpd DRB-HICOM daripada jual kepada hyundai-berjaya.sekurang-kurangnya msh hak milik bumiputra. klu bangsa bumiputra masalh pun, org-org ni akan bntu. klu jtuh pd hyundai-berjaya, apa akan tjadi jika dorang jual kpd investor luar?mana pergi hak rakyat m’sia yg dibanggakan spt Proton?adakah ‘bangsa lain’ akan bntu bgsa bumiputra?fikir la lbih mndalam..jgn hya ckap tnpa fkir dhulu..


  • kan bagus kalau dssz yg dpt beli saham tu sbb..beliau yg dah byk bwk perubahan dlm proton…telan mati anak diluah mati bapak..ayam sabung menang,kampung tergadai..nak jual pada umw takut nanti dijualkan pulak pada toyota,nak jual pada naza alamatnye proton jadi hiasanje,nak jual pada sime darby takut lingkup terus proton,…47% yg dibeli olh drb hicom ni pun rasenya dah blh merubah sistem dan hala tuju proton sama ade kekal dan semakin maju ataupun terus tergadai …dunia..oh dunia..duit oh duit..tgkjelah MAS semakin rugi..Air Asia semakin untung,atas nama pertukaran saham…just 2 my cent…MACC kene ambil peranan…HIDUP PROTON..


  • Aku tak harap apa2, cuma harap DRB bagi kebebasan sepenuhnya kepada pengurusan sedia ada untuk menentukan hala tuju syarikat. Lagipun dah tentu banyak perancangan yg sedang dan akan dilaksanakan oleh DSZ skrg.

    Takut nanti ada pulak yg nak kacau daun bila dah dibeli DRB.


  • Satu persoalan saya. Dulu ketika Tan Sri Yahaya meninggal dunia, dikatakan saham-saham beliau dalam Proton dipegang oleh anak beranak beliau. Bila tiba masa, anak beranak ini akan kembali menguruskan Proton. Apa kesudahannya?

    Agaknya mereka dah lama jual saham Proton kot. Instant millionaires tu.


    • dia MD khazanah, tapi apa fungsi sebenar aku tak tau.. atas dia berapa banyak mulut, dan berapa banyak tanggan… biasa nampak Kho su kon ada kt office khazanah, apa pulak dia buat.. tak malu punya org..


  • when I heard bout this issue at the 1st place I thought it juz a rumors..one if my friend in Proton have told me bout this..i’m quite reluctant when he told me that DRB Hicom will have shares in Proton coz Proton are in their right direction n i don’t think it’s a high time to have inteference from the other parties…but this news have juz confirmed the rumors..


  • proton pernah maju di bawah DRB.sebenarnya yg penting bukan lah siapa pemilik,tp kapten kapal..kapten pening,boleh tenggelam kapal dibuatnya.


  • dulu kita dibodoh dgn dasar pswastaaan ..semua yg di swasta lingkup .kalau tak lingkup pon rakyak kena pau lebih mcm plus…. ni nak di bodohkan sekali lg ….
    sekarang semua nak jual ..
    ingat dulu anak sapa be;lli lotus?


  • aku harap jgn DRB !!!! hancur kalau DRB ada dalam proton… klau management dari dia org, lagi hancur ! tgk je sebuah bank Islam (bukan bank ISLAM) yg di ambil oleh DRB, semua org2 lama dibuang nyer ! ada cara halus n cara terang2 !! mmg kurang hajar puak2 dia org ni !!!!


  • [Off topic]

    Alhamdulillah .. gembira aku tgk bila Paultan iktiraf rakan seblog nya .. 😀

    semoga brp campro maju dalam bidang anda.. teruskan berblog demi Proton dan kenderaan2 Malaysia yang lain.

    Tahniah. Kami hanya tumpang gembira 😀


  • ini yg buat aku bosan dgn proton bila selalu di politikkan….baru je nak taruh kepercayaan dgn pengurusan baru DSZ. Jangan sampai rakyat menyumpah sekali lagi proton..


  • alamak..xleh wat sesuatu ke?.. sayangnya.. takut nti Proton lenyap ditindih kuasa besar..saya sbenarnye xsuke VW sbb sy berasakan VW company kete yg paling tamak sekali…semua company kete die nk sapu..and even tak de satu pun model kereta dorg yg sy minat..ish3.. harap2 rumours sj…


  • mahathir suruh jual proton pd DRB pd harga munasabah? jangan pula jual murah2 lepas rugi suruh kerajaan ambil alih balik harga tinggi mcm MAS masa kawan baik dia dulu Tajudin Ramli

    sebenarnya proton sekarang dah dilandasan yg betul! jgn rosakkan mcm zaman mahalel disebabkan belakangnnya penuh dgn org politik yg busuk.

    Harap pengurusan proton sekarang tak dikongkong oleh politik2 busuk ni…


  • saya rasa DSSZ xde masalah nk kerja dgn DRB-Hicom.. dia sendiri pun X-worker of Hicom.. Dia pernah jadi Top management dulu di MTB sdn bhd @ Isuzu hicom sdn Bhd (nama sekarang).. tapi persoalannya, apa agenda sebenar DRB-Hicom… Hicom mungkin nk control car market dalam malaysia ni kot…


  • Seputar KETIDAKUPAYAAN sejarah DRB-HICOM:-

    1. AIR ASIA (BIRU)- JUAL TUNE AIR
    2. DIRECTIONAL (M) SDN BHD (CITROEN)- BANKRUPT
    3. CREDIT CORP MAL FINANCE – JUAL HONG LEONG (STAF MELAYU MATI)
    4. EON BANK – JUAL HONG LEONG
    5. PROJEK LANDASAN BERKEMBAR TAK SIAP2 RATUSAN JUTA HABIS.
    6. Ssangyong under hicom juga lingkup.
    * HICOM BELI BANK MUAMALAT, ini bank tak guna , nak buat HP tp tak tau kerja . Staf dia ramai dr satu negeri tu je….


    • bukan bank tak guna bro… bank ok…. tapi management yg tak guna !!! org DRB, mn tau selok belok perbankan… main bedal je !! sbb aku staff bank ni…. hihi… byk yg aku tak puas hati dgn pengurusan bank ni !!! sabo je laaa….


  • Seputar KETIDAKUPAYAAN sejarah DRB-HICOM:-

    1. AIR ASIA (BIRU)- JUAL TUNE AIR
    2. DIRECTIONAL (M) SDN BHD (CITROEN)- BANKRUPT
    3. CREDIT CORP MAL FINANCE – JUAL HONG LEONG (STAF MELAYU MATI)
    4. EON BANK – JUAL HONG LEONG
    5. PROJEK LANDASAN BERKEMBAR TAK SIAP2 RATUSAN JUTA HABIS.
    6. Ssangyong under hicom juga lingkup.
    * HICOM BELI BANK MUAMALAT, ini bank tak guna , nak buat HP tp tak tau kerja . Staf dia ramai dr satu negeri tu je….
    Sori personel view….


  • aku tak tau la apa agenda DRB…
    tapi yang aku tahu, saham Proton mencanak naik…
    yang rugi kita…. kita tak yakin dengan pontensi syarikat PROTON.
    bila kita sedar dan pertikaikan soal jual sebahagian saham proton oleh khazanah?
    seminggu? 2 minggu? 3 minggu lepas?
    siapa yang untung? siapa yang rugi?
    kita dok kata waahhhhh SiPolan ni nak beli… esok lak SiPolan tu yang beli… Sekian harga lak tu…
    Apa yang dibermain di luar sana semuanya adalah “speculation” (andaian) kalau begitu… begini…
    Dalam mana mana syarikat yang listed kat Bursa Saham benda benda cam ni boleh menaikkan atau menurunkan harga saham..
    Dalam kes nih… saham Proton terus naik… pelabur suka lah tuh…
    Time cam nih la si George Soros and the gang suka bangat..
    “hit and run”… masuk duit, beli saham…. dah naik sok … jual… dapat untung…
    Pedulilah siapa yang berjaya beli…
    Dimana kita 5hb Dec dan 6hb Dec?
    Hari tuh harga saham proton tertinggi dalam setahun (mencapai tertinggi rm4.94)dengan lebih 200k saham bertukar tangan…
    kita kena faham, institusi kewangan yang banyak beli saham hari tu sebab diaorang banyak simpan duit…
    kita? ehmmm masih tak yakin…
    3 minggu lepas, kalau kita beli saham proton, harga nya masih sekitar rm3
    ok lah… kita ada rm3 ribu… kita beli kat broker saham… sebab kita “dengar dengar sipolan tu sipolan nih nak beli saham khazanah nak jual”
    hari nih closing harga… rm4.23
    rm3 ribu duit kita dah jadi rm4,230 lebih kurang…
    dalam 2 atau 3 minggu duit kita dah untung rm1k ++ atau 30%++ profit !!!!
    PPPPPEEEERRRRGGGHHHHHHH!
    SOOOO… jangan terlalu emosional sangat siapa yang dapat…. tukar pemikiran kita jadi George Soros… ambil peluang nih…
    Tapi bagi aku… DAH TERLAMBAT DAHHHHH… Harge nak naik…
    Bagi aku … dah tak berani nak beli…. tapi, kalau korang kompiden boleh naik sampai rm8 silalah beli sekarang…

    untuk beli dalam jangka masa pendek…. dah mahal
    untuk beli dalam jangka masa panjang… beli dan simpan… hehehhe

    ada untung belanja aku teh tarik, rugi jangan cari aku.. hahahahhaha


    • hahhaa.. teringat cerita maybank dgn CIMB nak beli RHB bank… awal2 lagi dok canang2 mcm2.. sudahnya semua tarik diri..CIMB sepi tanpa ada apa2 cerita. maybank merepek dgn alasan yg mulanya bukan masalah besar bagi mereka.. nekad nk jadi bank paling beasr di Asia tenggara time tu. masa tu saham dia org naik jugak start dari hari Bank Negara luluskan kebenaran utk nego jual beli saham


  • jangan lupa proton pun banyak hutang baru.. Lotus punya pasal… kalau Lotus tak jalan jugak lps ni memang lingkup la proton.. sumbangan Lotus pada proton pun aku x pasti sebenarnya.. cerita Lotus Ride and handling pun sebanrnya proton buat sendiri.. bab engine campro pun aku masih musykil bila ada org kata Lotus yang tolong..


    • Mmm… sebab tu ar kalau tak tau apa2 atau x pasti, tanya… biar terang dan jgn suka buat pandangan2 serong. Lotus adalah prootn dan prootn adalah lotus kerana lotus kepunyaan proton. Ride n handling lotus dlm produk prootn juga bukan khayalan tapi kenyataan. Perpindahan teknologi juga mmg wujud dan bukannya mitos. Cuma cabarannya bagaimana nk manfaaatkan teknologi tinggi lotus kepada model2 komersial proton dgn harga mampu milik dan value for money. Tak logik kan, teknologi model evora ada dlm persona dgn harga persona? kalau cam tu di mana nilai evora?

      … mmm…mgkinlah sebab kita tak tau maka dgn mudah kita mempersoalkan yg bukan2.

      cheers!


    • NAnti kau tengok laa… Lotus dah outsource interior design kat satu company (lupa plak) yg memang desing untuk premium brand mcm BMW, & mercedes tu… dari situ, Engiineer proton ni boleh access material, quality etc yang dia orang pakai… nanti boleh la belajar dan transfer knowledge tu ke model proton yg lain… sama mcm ride and handling tu… masa waja dulu, engineer lotus re-engineered platform, pastu tune ride and handling,,, tgk waja punya R& H… cun… pastu, Gen2, engineer proton dah start buat sendiri sambil ditolong oleh engineer lotus… amacam… Gen2 R&H, ok pe..!!! dari situ dah mula la engineer proton tune sendiri dampai skrg… kalau tak cukup, engineer lotus boleh tolong confirmkan… itu lee namanya transfer of knowledge & technology…
      kalau harap P2, ada ke kita dapat benda mcm tu? apa dia buat dia ambik engineer proton, hahahhaa!!!


  • mungkin ni cara halus untuk bg peluang pd VW dapat saham dan kuasai proton kot..bila DRB rasa dah x cmampu dan cukup duit nak tampung RnD proton dgn team management yg lemah dia offer lak pd VW…apa-apa kemungkinan boleh berlaku pada masa dpn..


  • ape yg sye nmpk dri sudut positif kt sni…mcm yg bro HangPC2 ckp maybe proton can starts to produce heavy vehicle…mcm mitsu gak…ade bas ngan lori…even hyundai pon ade heavy industry…..mungkin dgn mnjdikn DRB sbg plateform utk msuk heavy industries mne r tau trlahirnyew PROTON HEAVY INDUSTRIES cm hyundai…DRB and proton bley collaborate ke arah heavy industrial business….pasal kroni ker bkn kroni ker…sye x bley nk cmmnt sbb dah politik msia mcm nie…tp kita harap la proton x bungkus…tp kn…klu kite prasan..skang MMC mcm dah nk mati tau…kt japan pon die bnyk outsource model dri nissan…cth fuga,serena and etc…so x mustahil proton + DRB bley bli share dlm MMC…lg pon MMC dah bkn bwk diamler / GM klu x silap…just my words…klu salah mntk abg2 sume btulkn ye….(^_^)


  • dulu cakap kalau air asia beli saham mas takkan ada apa2 kawalan terhadap pengurusan mas….sekarang ni dah boleh nampak sikit2 pengaruh air asia dlm mendominasi mas..jangan pulak DRB masuk proton pun jadi macam ni….

Leave a Reply