ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

VIDEO : Pratonton Mazda 6 facelift

Views

Mazda 6 facelift yang diperbaharui kali ini ditumpukan kepada bahagian bumpar depan dan belakang beserta dengan rim rekaan baharu. Papan pemukanya turut di’lebarkan’ dengan skrin sentuh lebih besar di posisikan lebih tinggi supaya berada dalam jalur penglihatan semulajadi pemandu. Terdapat peningkatan dari segi keselamatan dengan tambahan pengesan trafik dan halangan belakang yang akan membrek bagi mengelakkan pelanggaran semasa sedang mengundur.

JOM BACA >> ENGEAR Unik – Episod 2 : Harley Davidson Pan Shovelhead (1948)

Kabinnya juga lebih senyap dengan pakej NVH baharu yang terdiri daripada panel pintu dan roof liner yang lebih tebal serta cermin yang lebih tebal. Casis juga ditala semula bagi menghasilkan pemanduan yang lebih jitu dan peningkatan keselesaan untuk penumpang. Ruang tempat duduk belakang menerima tambahan dua slot USB dalam tempat letak tangan bahagian tengah.

Jom tonton video penuh pratonton Mazda6 facelift yang diperbaharui untuk mengetahui lebih banyak ciri menarik mengenainya. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di Funtasticko TV untuk video-video menarik yang lain!

JOM BACA >> PANAS : SUV Proton Tanpa Celoreng Penyamaran Berjaya Dikesan Di China!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply