ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

PANAS : SUV Proton tanpa celoreng penyamaran berjaya dikesan di China!

Views

Berita ini sudah pasti akan memanaskan petang anda! Kelibat SUV pertama Proton tanpa celoreng penyamaran berjaya dikesan di China dan beberapa foto telah dimuatnaik ke laman sesawang Autohome.com. Kali ini kita dapat melihat dengan jelas rekaan jeriji hadapan yang pada kami nampak lebih garang dan sporty berbanding Geely Boyue facelift 2018.

Sayap Proton kini menjadi tiga barisan dan sekali imbas bentuknya seperti laras senjata api dengan warna kelabu gelap. Ia dipadankan dengan bentuk wau bulan berwarna krom berkilat sekaligus menyerlahkan kelasakannya sebagai sebuah SUV. Wakaupun nampak agak sedikit berserabut, namun penggunaan warna yang lebih gelap terus men’ghaibkan’nya secara visual.

JOM BACA >> INTIP : Foto SUV Proton Bersama Perdana Menteri Tular Di Facebook – Rekaan Hadapan Terdedah!

Di bahagian belakang tiada lagi emblem Proton kelihatan, yang tinggal hanyalah perkataan Proton yang diletakkan pada palang yang bersambung dengan lampu belakang. Palang tersebut juga menggunakan warna kelabu gelap yang sama dengan jeriji di bahagian hadapan. Secara keseluruhan, perubahan yang minima ini memberi sedikit perbezaan antara SUV Proton fasa pertama dengan model asalnya Geely Boyue.

Kami menjangkakan untuk fasa kedua, perubahan ketara dengan lebih banyak elemen rekaan Proton dan Malaysia akan ditampilkan. Ia dijangka menerjah pasaran pada tahun hadapan dan akan dipasang sepenuhnya di Tanjung Malim. Untuk fasa pertama, ia akan didatangkan secara siap bina (CBU) sepenuhnya dari China.

Apa pendapat anda mengenai SUV Proton ini?

JOM BACA >> Coretan : Industri Automotif – ‘Idea Gila’ Tun Yang Telah Berjaya Mengubah Landskap Ekonomi Negara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply