ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Golf 2018 bakal dilancarkan tidak lama lagi

Views

Laman sesawang rasmi Volkswagen Malaysia (Volkswagen Passenger Cars Malaysia) telah memuatnaik iklan acah model terbaharu Golf 2018 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Ada tiga versi yang bakal ditawarkan nanti, Golf 1.4 TSI, Golf GTI dan model berprestasi tinggi Golf R. Namun, tiada apa-apa maklumat mengenai spesifikasi dan harga model Golf baharu dipaparkan dalam laman tersebut buat masa ini.

Versi Golf 1.4 TSI dikuasakan oleh enjin 1.4 liter empat-silinder TSI yang menjana 150 PS dan 250 Nm tork dan digandingkan dengan transmisi automatik tujuh-kelajuan DSG. Golf GTI pula dikuasakan oleh enjin 2.0 liter TSI yang menjana 230 PS atau 245 PS dan digandingkan dengan transmisi automatik enam-kelajuan DSG. Versi paling berkuasa, Golf R dikuasakan oleh enjin 2.0 liter TSI yang menerima talaan semula sehingga mampu menjana 310 PS dan digandingkan dengan transmisi automatik tujuh-kelajuan DSG serta sistem pacuan empat roda 4Motion.

Mungkin ada peminat model hatchback keluaran Jerman teruja dengan pengumuman ini kan? Nantikan maklumat selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply