ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Passenger Cars Malaysia kini pengedar rasmi kenderaan Volkswagen di Malaysia

Views

Pakar peruncitan automotif dari Eropah, Porsche Holding Salzburg (PHS) kini menjadi pengedar rasmi kenderaan Volkswagen di Malaysia, di bawah nama Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM). VPCM diterajui oleh dua orang Pengarah Urusan iaitu Alin Tapalaga yang memantau operasi Jenama dan Sumber Manusia. Sementara Florian Steiner pula bertanggungjawab ke atas aspek Selepas Jualan, Teknologi Maklumat dan Kewangan.

Fokus utama VPCM melibatkan strategi jualan menerusi produk-produk pada masa depan. Di samping mengukuhkan rangkaian pengedar Volkswagen, servis dan kebolehdapatan alat ganti. “VPCM benar-benar komited terhadap pertumbuhan masa depan Volkswagen, di sebalik landskap automotif Malaysia yang sangat kompetitif. Kami akan berusaha untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang lengkap kepada para pelanggan dan kami akan menambah rangkaian model CKD serta terus mengimport model CBU ke negara ini,” kata Tapalaga.

VPCM akan memperkenalkan jaminan pengilang selama lima tahun untuk semua kenderaan Volkswagen yang dibeli mulai 1 September 2016. Selain itu, VPCM juga akan melancarkan dua model penting Volkswagen iaitu Jetta baharu dan Passat serba baharu dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Aspek kepuasan pelanggan kekal menjadi keutamaan kami. Untuk mencapai semua ini, kami sedar tentang pentingnya hubungan yang mantap dengan para pengedar. Kami akan terus bekerjasama untuk meneroka cara baharu untuk meningkatkan lagi pengalaman para pelanggan,” kata Steiner.

Porsche Holding Salzburg merupakan pengedar automotif paling besar dan berjaya di Eropah. Syarikat yang berpangkalan di Salzburg itu ditubuhkan pada tahun 1947. Ia kini beroperasi di 26 buah pasaran di Barat dan Tenggara Eropah, China, Columbia serta Chile di Amerika Selatan.

Pengumuman ini hadir selepas satu siri langkah penggabungan dilakukan sejak enam bulan lalu oleh Volkswagen Malaysia. Mulai sekarang, Volkswagen Group Malaysia (VGM) akan memberi fokus kepada kepentingan perniagaannya di Malaysia iaitu jenama Audi dan operasi pemasangan tempatan di Pekan. VGM akan beroperasi di bawah kendalian Pengarah Urusan yang baharu, Jeffrey Dehate berkuat-kuasa 1 Oktober 2016.

KLIK UNTUK BESARKAN

L-R Mr. Alin Tapalaga and Mr. Florian Steiner of Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply