ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Polo 1.6 hatchback sertai armada SOCAR

Views

Satu armada 50 buah kereta Volkswagen Polo 1.6 hatchback yang akan mempamerkan logo SOCAR serta berkhidmat untuk ekonomi perkongsian kereta di Lembah Klang telah diumumkan baru-baru ini. SOCAR yang baru dilancarkan di Kuala Lumpur hanya tiga bulan lalu terus membentuk semula pola pemikiran rakyat Malaysia mengenai mobiliti dengan menerajui ‘pergerakan multiflex’. Kunci kejayaan SOCAR adalah perkembangan pantas yang menyediakan peningkatan ketersediaan serta kemudahan untuk ahli mereka.

Satu lagi elemen penting adalah untuk melengkapkan gaya hidup yang berbeza-beza dan memberikan keceriaan kepada para pemandu platform ini. Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Malaysia, Leon Foong berkata, keindahan model perkongsian kereta ialah sebagai ahli, anda mendapat akses kepada beberapa jenis kereta bagi melayani keperluan anda yang berbeza. Bekerjasama dengan Volkswagen sebagai salah satu daripada rakan pilihan mereka hanyalah permulaan.

Model Volkswagen Polo adalah pilihan semulajadi untuk pengembangan armada SOCAR kerana ia adalah kereta bandar yang sempurna, menawarkan pemanduan berkualiti yang selamat, namun menyenangkan. Ia juga merupakan salah satu daripada model kereta yang paling banyak dihasilkan di dunia. Demografik semasa pengguna SOCAR di Malaysia berada di pertengahan usia 30-an, yang ingin mencuba model kereta baru atau isi rumah yang perlu menggunakan kereta kedua atau ketiga dari semasa ke semasa.

Erik Winter, Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berkata, orang awam berpeluang untuk menikmati keupayaan kejuruteraan Jerman. Polo sesuai untuk pemanduan di bandar, walaupun ia agak kecil, tetapi menawarkan pemanduan dinamik tanpa menjejaskan keselamatan dan keselesaan. Kumpulan pertama 21 buah kereta Volkswagen Polo telah dihantar dan baki 29 buah kereta dijangka tiba pada pertengahan bulan Mei.

Polo 1.6 hatchback dilengkapi dengan enjin suntikan petrol 16-Valve Multi Point Injection (MPI) 105ps 1.6 liter dan transmisi automatik 6 kelajuan dengan ciri Tiptronic. Ia juga mampu menjana tork maksimum 153Nm yang boleh diperolehi pada 3800rpm rendah dengan penggunaan bahan api pada kadar 6.3L bagi setiap 100km.

Aplikasi SOCAR boleh dimuat turun dari App Store dan Google Play Store. Untuk bulan Mei, Volkswagen Polo ditawarkan pada harga bermula daripada RM13.90 sejam (tanpa GST) termasuk petrol dan insuran komprehensif. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.socar.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply