ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo bakal keluarkan kereta elektrik pertamanya di China

Views

Pengeluar automotif premium dari Sweden, Volvo yang dimiliki oleh Geely mengumumkan bakal mengeluarkan kereta elektrik pertamanya di China. Model serba baharu itu akan dibangunkan dari pelantar terbaharu Compact Modular Architecture (CMA) untuk kenderaan kecil dan bakal menjengah pasaran seawal 2019. Volvo juga berkata model tersebut turut dieksport ke pasaran global dari China dan keputusan ini menjadikan China sebagai hab pengeluaran kenderaan elektrik Volvo pada masa hadapan.

China kekal sebagai pasaran terbesar di dunia bagi kenderaan elektrik dan telah meletakkan sasaran dalam membangunkan pasaran kereta elektrik dan hibrid, sekaligus mengatasi masalah kesesakan dan isu kualiti udara dalam bandar. Di samping perancangan untuk menawarkan versi plug-in hibrid untuk setiap model keluaran mereka, Volvo juga komited untuk menjual lebih satu juta kenderaan elektrik, yang merangkumi kenderaan elektrik dan hibrid menjelang tahun 2025. Mereka juga kini sedang giat membangunkan model elektrik sepenuhnya menggunakan pelantar Scalable Product Architecture (SPA) yang bersaiz lebih besar.

KLIK UNTUK BESARKAN

volvo-first-ev-built-china-1 volvo-first-ev-built-china-2 volvo-first-ev-built-china-5

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Pengeluar kereta eropah berlumba-lumba membina kereta elektrik sepenuhnya bagi menggantikan kereta berenjin diesel.. Pelantar terbaharu Compact Modular Architecture (CMA) untuk kenderaan kecil, rasanya segment-C kerana Volvo tidak bina kereta lebih kecil dari segment-C.. Volvo paling kecil adalah V40.. V60 dan S60 dah tergolong dalam segment-D..

Leave a Reply