ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo uji trak pandu sendiri di lombong bawah tanah

Views
The world's first self-driving truck in an underground mine

Pada masa depan ada kemungkinan pekerjaan pemandu trak mungkin akan terancam. Volvo Trucks melakukan satu lagi revolusi kenderaan pandu sendiri dengan menguji trak FMX dengan teknologi tersebut yang direka khusus untuk beroperasi di bawah tanah. Ini merupakan kali pertama trak pandu sendiri diuji sedemikian rupa untuk mendapatan informasi yang sangat bernilai, kata Presiden Volvo Trucks, Claes Nilsson.

AB Volvo dan Volvo Cars sebenarnya adalah dua entiti yang bersasingan, pengeluar kereta tersebut kini bekerjasama dengan Autoliv untuk membangunkan teknologi pandu sendiri ke tahap lebih tinggi, manakala AB Volvo pula merupakan salah satu antara beberapa syarikat yang kini mempelopori teknologi yang sama dalam industri berat.

Selepas melancarkan trak pandu sendiri FMX awal tahun ini, mereka memutuskan untuk mengujinya 1000-meter di bawah tanah di lombong Boliden, Kristineberg yang terletak di utara Sweden. Trak yang digunakan dilengkapi dengan radar/sensor sinaran laser yang digunakan untuk mengumpul maklumat, dan pandu arah dengan mengawal stereng serta kelajuan. Jika ada halangan muncul berhampiran trak tersebut, ia akan berhenti secara automatik dan terus memaklumkan situasi tersebut kepada pusat pengurusan pengangkutan.

KLIK UNTUK BESARKAN

volvo-fmx-1 volvo-fmx-3 volvo-fmx-4 volvo-fmx-6 volvo-fmx-7

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Sebelum SCANIA popular di Malaysia kerana kemampuan pemjimatan diesel vs HP output, VOLVO sebenarnya telah lama bertapak di Malaysia dgn siri FL10. Ketika tahun 90-an banyak digunakan oleh pengakutan petroleum SHELL dan Kontenan Nasional. VOLVO FL10 mempunyai kuasa tujahan mengkagumkan ketika zaman ini truck jenama lain hanya mampu ‘merangkak’ di kawasan brbukit. Dengan enjinnya yg senyap tidak ‘mengaum’ bising seperti pengeluar kenderaan berat Jepun.

    Kehebatan teknologi EROPAH khususnya negara Sweden dlm menghasilkan trak berkuasa tinggi tetapi menjimatkan bahan api telah menyebabkan gergasi truck dan bas dari JEPUN gagal mengatasi seperti juala kereta penumpang. HINO (Toyota Group), UD Nissan Diesel, ISUZU telah hilang pengusaan pasaran kenderaan berat kerana gagal menghasilkan power train yg hebat seperti gergasi Eropah.

    Sbb itu banyak syarikat2 bas ekspres berhijrah ke SCANIA kerana kelebihan penjimatan bahan api yg sgt ketara berbanding pengeluar truck bas Jepun walaupun kos pelaburan awl agak tinggi.

Leave a Reply