ARKIB

KATEGORI

Buletin

VW recall kenderaan akibat beg udara Takata

Views

Artikel oleh : Shamsul Yunos

  • VW recall kenderaan akibat beg udara Takata
  • 680,000 kenderaan terlibat di Amerika Syarikat
  • Model tertentu dari 2006-2014 terkesan

Kecacatan pada airbag inflator jenis SDI dan PSDI keluaran syarikat Jepun, Takata kini menghantui Volkswagen apabila Wolfsburg terpaksa melakukan recall terhadap 680,000 kenderaan mereka yang dihasilkan antara 2006 dan 2014.

Buat masa kini recall tersebut dikeluarkan di Amerka Syarikat dan melibatkan model Passat sedan dan wagon yang dihasilkan di kilang mereka di Jerman antara 2006 dan 2010 serta model Eos (2012-2014), Golf (2010-2014), Jetta SportWagen (2010-2014), Passat (2012-2014), Passat CC (2009-2014) yang dihasilkan di Amerika Syarikat.

Kecacatan inflator beg udara Takata boleh menyebabkan serpihan logam menikam penumpang atau pemandu sehingga menyebabkan kecederaan ataupun kematian. Seorang wanita hamil meninggal di Sibu akibat kecacatan tersebut apabila beg udara dalam kereta Honda yang dinaikinya meletup dan serpihan logam menikam muka dan badan mendiang.

Sekiranya anda pemilik Volkswagen, sila layari laman web Volkswagen Malaysia ataupun hubungi pusat servis berhampiran untuk memastikan sama ada kenderaan anda terlibat dengan recall ini.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply