Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenakan caj RM1 bagi setiap perjalanan kepada bukan warganegara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan bas GoKL mulai 1 Januari depan.
DBKL, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan caj itu akan dilaksanakan secara berperingkat membabitkan empat laluan di sekitar pusat bandar iaitu Laluan 01 (Hijau), Laluan 02 (Ungu), Laluan 03 (Merah) dan Laluan 04 (Biru).
JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran
Transaksi pembayaran adalah tanpa tunai iaitu melalui kad Touch ‘n Go, kod QR, kad kredit atau kad debit. Bagaimanapun, ia percuma bagi semua kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah termasuk bukan warganegara.
Sementara itu, warganegara Malaysia yang menggunakan Mykad dan mempunyai sistem Touch ‘n Go, perlu membuat pendaftaran MyKad bagi menikmati perkhidmatan percuma.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?
Susulan itu, DBKL menyediakan kaunter pendaftaran di tiga lokasi iaitu Hentian Bas KLCC, Hentian Akhir Titiwangsa (Pekeliling) dan Hentian Akhir Pasar Seni dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga jam 7 malam mulai 1 Disember lalu.
Selain itu, petugas DBKL juga ditempatkan di dalam Bas GoKL terpilih bagi tujuan tersebut manakala kaunter pendaftaran secara berkala di Lobi Menara DBKL 1 turut dibuka pada setiap Rabu dari jam 9 pagi hingga 4 petang mulai 6 Disember lalu.
Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi 03-20282298 (waktu pejabat) atau e-mel kepada [email protected].
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit SinChew.com.my
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
KOMEN TERKINI