ARKIB

KATEGORI

Buletin

Treler bawa tujuh kereta ubah suai terbakar, tak sempat sertai satu pertunjukan

Berita Tempatan

Views

Sebuah treler bersama muatan tujuh kereta ubah suai pelbagai jenis terbakar di Kilometer 38.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di Kulai, pada awal pagi tadi.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Ia membabitkan lima kereta Honda, sebuah Toyota Yaris dan sebuah Proton Saga yang difahamkan dibawa treler berkenaan untuk menyertai satu pertunjukan di Sepang, Selangor.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.52 pagi sebelum sepasukan 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Skudai dan Tebrau digerakkan ke tempat kejadian.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Fauzi Che Deris. Tujuh kereta yang dibawa treler berkenaan terbakar hampir 70 peratus. Operasi tamat jam 6.55 pagi.

Beliau berkata, insiden itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa dengan punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Suhaimi Avantech

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply