Pengeluar kenderaan elektrik di China kini ibarat cendawaan tumbuh selepas hujan. Kini satu lagi pengeluar dari negara tembok besar tersebut yang dikenali dengan nama WM Motor telah menunjukkan beberapa buah kereta elektrik nanpu milik keluaran syarikat mereka. Syarikat tersebut diasaskan oleh Freeman Shen, yang merupakan mantan Pengerusi Volvo China yang bertanggungjawab dalam pemilikan Geely dalam syarikat dari Sweden itu. Pada Disember lalu, Shen mencipta WM yang membawa maksud Weltmesiter.
WM Motors menyasarkan untuk mengeluarkan kenderaan arus perdana yang cuku murah untuk pengguna yang berpendapatan sederhana mampu memilikinya tanpa subsidi dari kerajaan. Pada bulan November, jenama tersebut melakukan acara pecah tanah kilang pengeluaran mereka yang bernilai satu bilion Dollar di China dan dijangka bakal melancarkan model pertamanya pada 2018 dengan tambahan model setiap tahun sehingga 2025.
Setakat ini hanya empat konsep telah dikeluarkan. Yang pertama dalah sebuah MPV, kedua adalah SUV, ketiga model estate yang lega buminya agak tinggi dan akhir sekali adalah sebuah sedan. Kesemuanya memiliki gaya rekabentuk keluarga yang hampir sama dan telah direka oleh ketua pereka syarikat tersebut Sam Sun. Buat masa ini tiada butiran lengkap diberikan, hanya sekadar kenderaan elektrik sepenuhnya dan ia mungkin boleh berhubung seperti model dari Lynk & Co.
KLIK UNTUK BESARKAN
VW- Volkswagen
WM – Wolksmagen
🙂
Evolusi dan revolusi dunia permotoran..
SUV tu kantoi photoshopped SUV Mitsubishi.
http://jalopnik.com/billion-dollar-chinese-ev-startups-first-car-is-a-photo-1789567254