ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yuumi dilantik Duta Isuzu Malaysia

Views

Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. (IMSB) baru-baru ini telah melantik Yuumi, penghibur dan model yang berbakat sebagai Duta jenama Isuzu di Malaysia. Dilahirkan di Jepun, Yuumi dan ibubapanya berpindah ke Malaysia sejuak dari usianya lima tahun. Gadis manis ini fasih dalam empat bahasa – Jepun, Inggeris, Melayu dan China.

Pada tahun 2015, beliau membuat penampilan pertama sebagai seorang model dan bakatnya berkembang ke bidang penyiaran dengan muncul dalam siri komedi Jenaka Kampung Kalut (JKK) yang disiarkan di TV3, selain terlibat dalam program Nasi Lemak Kopi O di TV9  dan Melodi di TV3. Pada bulan Ogos nanti, beliau akan tampil dalam program The Captivating Travel of Malaysia untuk mempromosikan Malaysai melalui saluran pelancongan yang disiarkan melalui rangkaian televisyen kabel dan satelit di Jepun, seperti CATV, SkyPerfecTV dan IPTV

Sebagai Duta Isuzu Malaysia, wajah Yuumi akan muncul dalam semua kempen multimedia termasuklah media, digital, siri jelajah dan media sosial. Beliau juga akan tampil sebagai gadis gelanggang di World Boxing Council (WBC) Asia dan Orient and Pacific Boxing Federation (OPBF) pada 9 Julai ini di Pusat Pameran Mid Valley. Isuzu Malaysia merupakan penaja utama acara tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply