ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Group Malaysia perkenal Program Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan baharu

Views

BMW Group Malaysia memperkenalkan program Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan terbaharunya yang menawarkan sokongan pakar serta profesional untuk menangani situasi cemas ketika berada di atas jalan raya. Program ini akan beroperasi selama 24 jam sehari, 365 hari setahun kepada semua pelanggan BMW, MINI dan BMW Motorrad.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, BMW Group sentiasa komited untuk menyediakan servis terbaik menerusi pelbagai inisiatif termasuklah Jaminan Perbantuan Tanpa Had bersama Program Servis Berjadual Percuma selama 5 tahun, Program Jaminan Tayar selama 2 tahun atau 24 bulan dan Program Perlindungan Insurans.

Program Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan baharu ini membolehkan BMW Group menjadi pengeluar kenderaan premium pertama di rantau ini yang menawarkan jaminan lengkap dan lebih lama (5 tahun). Program ini menawarkan bantuan panggilan telefon dan sokongan bersepadu sepanjang hayat, di samping perkhidmatan mobiliti yang komprehensif jika berlaku kecemasan atau kerosakan tanpa sebarang kos dikenakan ke atas para pemilik baru.

Berkuat kuasa pada 1 Julai 2017, semua pemilik baru BMW dan MINI yang kenderaan mereka didaftarkan mulai 1 Januari 2017 akan menerima program perlindungan Program Bantuan Tepi Jalan (RSA) selama lima tahun secara percuma. Manakala pemilik BMW Motorrad pula akan menerima perlindungan sama selama dua tahun. Bagi kenderaan yang didaftarkan di antara 1 Julai 2015 hingga 31 Disember 2016, Program Bantuan Tepi Jalan (RSA) sedia ada masih sah untuk 24 bulan bermula tarikh pendaftarannya.

Berikut adalah khidmat yang ditawarkan oleh Program Bantuan Tepi Jalan baharu :

·Bantuan menerusi telefon dan secara serta-merta
Pasukan pakar perhubungan pelanggan yang bertauliah sentiasa bersedia 24 jam sehari, 365 hari setahun untuk menawarkan bantuan.

·Hotline Kemalangan
Jika berlaku kemalangan, pasukan Bantuan Tepi Jalan BMW akan membantu menghubungi pihak polis, perkhidmatan kecemasan, memaklumkan kepada pengedar sah BMW, MINI atau BMW Motorrad. Jika perlu, mereka akan menguruskan servis menunda.

·Servis Menunda
Jika kerosakan tidak dapat dibaiki di lokasi kejadian, Bantuan Tepi Jalan BMW akan melangsaikan kos menunda kenderaan ke pengedar sah BMW atau MINI yang terdekat. Sebaik sahaja kenderaan didiagnos, pasukan servis akan melakukan proses pembaikan dan memberi perkembangan terkini kepada pemiliknya.

·Mobiliti Lancar: Kenderaan Ganti, Penginapan dan Penyelesaian Servis Mobiliti yang lain
Mobiliti lancar yang disediakan di sini termasuklah sokongan yang tersusun, pusat panggilan 24/7, bantuan kerosakan di lokasi di mana pembaikan secara serta-merta akan dibuat dan perjalanan alternatif turut akan diuruskan. Ini termasuklah menyediakan kenderaan ganti untuk sepanjang tempoh pembaikan. Dalam kes di mana kerosakan berlaku dalam jarak yang jauh (200km) dari rumah pelanggan dan penginapan semalaman diperlukan, Bantuan Tepi Jalan BMW boleh membantu pelanggan untuk mendapatkan bilik di hotel berhampiran jika diminta.

·Penghantaran Pulang
Jika kerosakan berlaku di luar negara atau jarak yang jauh (200km), kereta tidak boleh dibaiki di lokasi dan pelanggan perlu pergi ke sesuatu tempat dengan segera, perkhidmatan penghantaran akan ditawarkan oleh pasukan Bantuan Tepi Jalan BMW.

Bagi pemilik BMW Motorrad, program Bantuan Tepi Jalan BMW bagaimanapun hanya melibatkan bantuan di telefon dan bantuan serta-merta yang juga bertindak sebagai hotline kemalangan serta servis menunda. Nombor talian Bantuan Tepi Jalan BMW ialah 1800-88-8808. Untuk maklumat lanjut, termasuklah terma dan syarat Program Bantuan Tepi Jalan BMW sila layari laman sesawang www.bmw.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply