ARKIB

KATEGORI

Buletin

1,000 unit Perodua Myvi telah dihantar kepada pemiliknya

Views

Sejak pelancaran rasminya pada 16 November lalu, 1,000 unit Perodua Myvi baharu telah pun dihantar kepada pemiliknya, dengan varian 1.5L mendominasi carta jualan sebanyak 80 peratus. Menurut Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr. Zahari Husin, syarikat kini sedang menumpukan segala usaha untuk menghantar Myvi kepada pelanggannya kerana faham mereka memerlukan kederaan tersebut dengan seberapa cepat yang mungkin.

Tambah beliau lagi, stok adalah mencukupi untuk memenuhi permintaan yang kini mencecah 13,000 unit tempahan setakat ini dan berterima kepada pelanggan kerana memilih jenama Perodua, terutama sekali model Myvi baharu sebagai kereta pilihan mereka. Beliau turut menasihati orang ramai supaya berurusan hanya dengan penasihat jualan Perodua yang bertauliah untuk memastikan semua maklumat diberikan dengan betul dan tepat.

Ditawarkan pada harga bermula dari RM44,300 hingga RM55,300, Myvi menetapkan satu piawaian baharu dalam kualiti, teknologi, ruang, kelengakapan dan yang paling utama adalah keselamatan. Rekabentuk model Mmyvi generasi ketiga ini adalah rekaan sepenuhnya anak tempatan dan ia turut mendapat penarafan 5-Bintang oleh ASEAN NCAP.

Sejak generasi pertamanya diperkenalkan pada 2005, lebih sejuta unit telah dikeluarkan sehingga 2017, sekaligus menjadikannya model Perodua paling Popular dalam sejarah. Perodua juga telah mengeluarkan lebih dari 3.2 juta unit kenderaan sejak Ogos 1994.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply