ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambaran Perodua Myvi 3-pintu dari Theophilus Chin

Views

Sejak Myvi generasi ketiga dilancarkan, pelbagai versi yang diolah oleh pakar-pakar manipulasi foto telah dimuat naik dan dikongsikan di laman sosial sehingga ia menjadi sohor kini. Jika sebelum ini kami kongsikan versi crossover hasil karya Beruang Laut, kali ini pakar manipulasi foto yang terkenal di peringkat antarabangsa, Theophilus Chin tampil dengan versi Myvi 3-pintu.

Memang nampak sangat sporty Myvi 3-pintu versi Theophilus Chin dan ia mengingatkan kami pada model Satria/Satria Neo yang telah ditamatkan pengeluaran beberapa tahun lalu. Di bahagian depan tiada perubahan masih mengekalkan rupa yang sama, tetapi apabila beralih ke bahagian sisi, Theo telah mengurangkan pintunya kepada dua dan dipadankan dengan rekaan cermin yang serba baharu.

BACA >> Myvi versi crossover rekaan Beruang Laut!

Di bahagian belakang pula Theo telah mengubah suai bentuk lampu dan membuang bahagian pembuka but belakang supaya kelihatan lebih kemas. Sekali imbas nampak ia seakan model Mitsubishi Mirage atau ada sedikit mirip crossover Geely Emgrand GS. Bahagian bumbungnya pua dicat hitam supaya kelihatan dua-tona untuk menyerlahkan lagi penampilan sportynya.

Apa pendapat anda mengenai rekaan ini? Kalau Perodua nak uji pasaran dengan mengeluarkan versi Edisi Terhad Myvi 3-pintu pun menarik juga kan? Jangan lupa warna kuning tau, baru nampak garang! Warna Peppermint Green ni nampak feminin sikit.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply