ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Era baharu F1 bermula – Logo baharu diperkenalkan!

Views

Sejak berakhirnya era CVC Capital Partners dan Bernie Ecclestone, Formula Satu bakal melangkah ke era baharu di bawah pengurusan baharu Liberty Media. Antara perubahan yang paling besar dibuat untuk sukan permotoran terulung di dunia itu adalah menggantikan logo lama dengan identiti baharu. Logo baharu tersebut mewakili era baharu sukan tersebut dengan menampilkan elemen grafik yang ringkas dan moden.

Pelbagai reaksi diberikan mengenai logo baharu tersebut, ada yang menyukainya dan ada juga yang sebaliknya. Walaupun rekabentuk logo tersebut mirip dengan logo permainan video, pada kami logo seperti ini adalah trend terkini dalam rekabentuk grafik moden dengan gaya yang ringkas dan kontemporari.

Trend logo seperti ini telah dimulakan oleh pasukan kelab bolasepak Juventus dari Itali yang memperkenalkan logo baharu mereka dengan hanya memaparkan imej huruf J. Kami yakin selepas Juventus dan Formula Satu trend logo dengan grafik seperti ini bakal menjadi ikutan di seluruh dunia pada masa akan datang.

Apa pendapat anda tentang logo baharu F1 ni?

A New Era Awaits | 2018 F1 Logo Reveal

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply