ARKIB

KATEGORI

Buletin

Great Wall Wingle 5 dan Haval H5 buktikan kehebatan di Le Tour de Langkawi 2013!

Views

SONY DSC

Walaupun Le Tour de Langkawi edisi 2013 telah berakhir namun ia adalah adalah merupakan pemulaan episod baru untuk GWM untuk mempromosikan 2 modelnya iaitu Wingle 5 dan Haval H5. Sebagai penaja bersama LTdL 2013 Green Oranges Sales & Services Sdn Bhd pengedar eksklusif Great Wall Motors di Malaysia telah menaja 4 unit Wingle 5 dan 2 unit Haval H5 untuk pasukan cavalcade LTdL.

Mengharungi perjalanan dari Kangar ke Kuala Terengganu yang meliputi hampir 4000 kilometer, Wingle 5 dan Haval H5 telah berjaya mengharungi sepanjang perjalanan dengan jayanya. Paling mengejutkan apabila semua kenderaan lain perlu untuk mengisi minyak kecuali Wingle 5 dan Haval H5!

Walaupun telah melalui perjalanan sejauh 4000 kilometer, pasukan cavalcade yang menggunakan kenderaan GWM berkata, mereka sangat bertuah kerana menggunakan kenderaan yang menawarkan keselesaan, kecekapan dan kuasa disepanjang perjalanan laluan LTdL. Mereka juga sangat berterima kasih kepada pasukan tindak balas GWM yang menawarkan perkhidmatan di luar skop mereka sepanjang LTdL kali ini.

GWM akan kembali beraksi lagi untuk LTdL 2014!

Info daripada Arish Qutb Ahmad Khan

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • mengejutkan? rasanya tidak sebab kenderaan GWM tu tangki jauh lbh besar berbanding kereta lain(Proton). lgpun diorg gunakan diesel berbanding kereta lain menggunakan petrol.

Comments are closed.