ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geneva Motor Show 2013

Views

Ferrari LaFerrari

Ferrari-LaFerrari-Ferrari-7[5]

LaFerrari dikatakan sebagai pengganti model Enzo dan dikuasakan oleh enjin V12 dan dilengkapi dengan motor elektrik. Enjinnya 6262cc (6.3-liters) mampu memerah 789hp (800PS) pada 9,000 rpm. Motor elektriknya pula menambah 160HP (163PS) dan jika kedua-duanya bergabung, model ini mampu untuk menjana 950HP (963PS) dan tork tertinggi 900 Nm (664 lb-ft). Harga untuk model ini pula mencecah €1.3 (£1.11 / $1.69) juta.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Volkswagen e-Co-Motion Concept

VW-e-Co-Motion-Concept-1[2]

Volkswagen e-Co-Motion Concept merupakan sebuah van komersil kompak yang menggunakan motor elekrik yang mampu menjana 50 kW (67hp atau 68 PS) dan 85 kW (114hp atau 115PS) tork. Model ini mampu membawa muatan maksimum 4.6 meter padu dan berat 800 kg (1,763 pounds). Ia juga dilengkapi dengan tiga pakej bateri berbeza. Unit 20kWh mampu menggerakkan kenderaan ini sejauh 100km (62 batu), manakala unit yang lebih besar dengan 30kWh membolehkan ia bergerak sejauh 150 km (93 batu). Akhir sekali, unit bateri dengan 40 kWh membolehkan model ini bergerak sehingga jarak maksimum sekitar 200 km (124 batu).

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Subaru Viziv Concept

Subaru-Viziv-5[2]

Subaru Viziv Concept memberi gambaran gaya rekaan masa hadapan Subaru. Model ini dikuasakan oleh sistem Subaru Boxer Diesel Hybrid, yang menggunakan enjin 2.0 liter turbo diesel dan dipadankan dengan dua buah motor elektrik dibahagian belakang.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Rolls Royce Wraith

Rolls-Royce-Wraith-11[2]

Dikatakan sebagai Rolls Royce paling berkuasa, dengan enjin 6.6 liter twin-turbo V12 yang boleh menjana 624 hp (633 PS) dan mampu mencecah kelajuan dari 0 ke 60 mph (96 km/h) cuma dalam masa 4.4 saat. Kelajuan tertinggi masih lagi dirahsiakan setakat ini. Model ini juga paling mahal kerana harga yang ditawarkan ialah €245,000 ($320,000).

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

sumber : www.carscoops.com

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments

Leave a Reply