Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan LEGOLAND Malaysia untuk acara Mencari Harta Karun Nissan pada 2 Mac 2013. Ia merupakan aktiviti Mencari Harta Karun pertama di Asia yang diadakan di LEGOLAND® Malaysia khas untuk pelanggan Nissan.
Acara Mencari Harta Karun Nissan 2013 bermula pada pukul 9.00 pagi di bilik pameran ETCM, Johor Jaya hingga ke LEGOLAND Malaysia. Para peserta memandu kereta masing-masing dan berkonvoi seperti sebuah keluarga Nissan yang besar. Sejumlah 117 peserta yang terdiri daripada 33 kereta Nissan telah bersiap sedia untuk permulaan acara ini.
Sebaik sahaja tiba di LEGOLAND Malaysia, mereka disambut oleh pelbagai aktiviti menarik. Terdapat aktiviti ‘Cari Perbezaan’ yang memerlukan para peserta mengenal pasti perbezaan di antara dua buah kenderaan; Nissan Almera 1.5L (A) E vs. Nissan Almera 1.5L (A) VL dan 2013 Nissan Teana 2.0L (A) vs. 2013 Nissan Teana 2.5L (A).
Peserta-peserta juga perlu mencari petunjuk melalui papan tanda yang boleh dilihat sepanjang perjalanan untuk menemui lokasi tertentu dan bertemu dengan marshal bagi membolehkan pasport mereka dicop. Rasanya seperti kembali ke zaman kanak-kanak apabila sebahagian peserta berseronok dan cuba membina model-model Lego sehampir mungkin dengan patung asal menggunakan kepingan-kepingan logo yang diberikan.
Setiap pasukan yang mengambil bahagian kemudian perlu merakam sekeping gambar bersama dengan model yang baru dilancarkan iaitu 2013 Nissan TEANA 2.5L dengan ruang dalaman berwarna hitam yang anggun dan Sistem Amaran Titik Buta (Blind Spot Warning System) yang dipamerkan di Sekolah Memandu. Lebih daripada 100 pelanggan telah mengambil bahagian dalam acara sulung ini. Majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah pula diadakan pada penghujung hari di Horizon Hills Golf & Country Club. Tiga pemenang utama telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1000 (hadiah utama), RM700 (hadiah kedua) dan RM500 (hadiah ketiga).
TEMPAT | NO. KUMPULAN | NAMA PEMENANG | SKOR |
Johan | 13 | RAJI MELAMBARANSHIRLEY HOEVENKATESWARAN ESWARAN | 158 / 170 mata |
Naib Johan | 6 | HAVINESHKASTURI
| 157 / 170 mata |
Pemenang ketiga | 19 | TAN HANN YANGLIM CHEE WEICHAN MIN PIAO CHAI CHIN CHUAN | 136 / 170 mata |
“Selain acara Mencari Harta Karun Nissan 2013 di LEGOLAND Malaysia, kami juga bakal menganjurkan aktiviti perhimpunan dengan para pelanggan menerusi program Nissan Jurassix Park 4×4 Adventure di Sarawak pada akhir bulan Mac 2013. Dalam acara ini, semua pemilik kenderaan 4×4 Nissan berpeluang untuk memahami ciri-ciri dan kapasiti kenderaan mereka dengan lebih baik,” tambah Dato’ Dr. Ang.
Bermula April 2013, ETCM juga akan menganjurkan Bengkel-bengkel Keselamatan Jalan Raya dan Ikhtiar Hidup di Bandar untuk Wilayah Tengah, Selatan, Timur, Utara Sabah dan Sarawak. Acara-acara ini diadakan berikutan maklum balas memberangsangkan daripada bengkel-bengkel sebelumnya yang dianjurkan pada tahun lalu berkaitan pentingnya mencegah daripada menjadi mangsa jenayah serta keselamatan jalan raya.
KOMEN TERKINI