Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), menyeru pemilik 128 unit Mitsubishi Pajero Exceed yang dikeluarkan pada tahun 2010-2014 untuk menggantikan inflator beg udara pemandu dengan segera. Ia adalah sebahagian daripada kempen panggilan balik beg udara keluaran Takata di seluruh dunia yang mungkin mengakibatkan kecederaan kepada pemandu apabila beg udara tersebut mengembung.
Selain itu, MMM turut menjalankan dua lagi kerja pembaikan yang melibatkan spring gas pintu belakang SUV kompak ASX keluaran tahun 2010-2015 dan Pajero Sport keluaran tahun 2010-2016. Ini bagi membolehkan penggantian pada spring gas yang rosak dibuat yang berpunca dari salutan anti-karat yang tidak mencukupi.
Satu lagi kempen adalah berkenaan dengan motor pengelap cermin SUV kompak ASX yang berkemungkinan boleh dimasuki air hingga berlakunya karat di bahagian dan mengakibatkannya gagal berfungsi. Surat pemberitahuan akan dihantar kepada pemilik yang terjejas dan segala kos akan ditanggung sepenuhnya oleh Mitsubishi Motors Malaysia.
MMM meminta pelanggan yang terlibat segera mebuat temujanji di aman-mana pusat servis bertauliah Mitsubishi Motors untuk membuat penggantian. Untuk senarai pusat servis dan maklumat lanjut, layari: www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi Customer Careline di talian 1-800-18-6611 (Isnin hingga Jumaat, 9:00pg-5.00ptg) untuk bantuan segera.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI