ARKIB

KATEGORI

Buletin

190 unit Volkswagen Passat jadi kenderaan rasmi LTdL 2016

Views

Semalam Volkswagen Group Malaysia telah menyerahkan 190 unit Passat untuk kegunaan rasmi perlumbaan basikal jelajah Le Tour De Langkawi 2016 yang berlangsung mulai hari ini. Model Passat tersebut akan digunakan sepanjang perlumbaan edisi ke 21 tahun ini sebagai kenderaan promosi (calvacade), pelumba, pasukan, marshal perlumbaan dan juga pasukan polis.

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, “Kami berbangga kerana Volkswagen Passat yang dipasang secara tempatan dilengkapi pelbagai ciri keselamatan bertaraf dunia. Ciri-ciri ini amat penting untuk memastikan acara, deligasi, pegawai dan para pelumba sentiasa selamat sepanjang perlumbaan berlangsung.”

Passat pemasangan tempatan dilengkapi enjin petrol empat-silinder pancitan terus 1.8-liter TSi 160PS turbocharged yang mampu menghasilkan tork sehingga 250Nm. Enjin ini juga menjimatkan bahan api dengan penggunaan petrol sekitar 7.0 liter/100km dengan anggaran jarak 14.3 km untuk setiap liter.

Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2016, Emir Abdul Jalal turut mengalu-alukan kepulangan semula jenama Volkswagen dalam keluarga LTdL. Sebelum ini, Volkswagen pernah menaja jersi Pelumba Klasifikasi Asia pada tahun 2009 yang sentiasa menjadi rebutan dikalangan pelumba terbaik dari benua Asia.

Kami rasa penajaan 190 unit Passat mungkin bertujuan untuk merancakkan jualan model tersebut dengan mendaftarkan kenderaan tersebut untuk kegunaan LTdL 2016. Volkswagen juga bakal mendapat pelepasan cukai menerusi penyertaan mereka dalam acara diperingkat nasional. Satu lagi kemungkinan ialah untuk menghabiskan stok Passat yang masih ada sebelum melancarkan model serba baharu nanti.

Sumber : ltdl.com.my

vw passat ltdl 2016 - 1 vw passat ltdl 2016 - 2 vw passat ltdl 2016 - 3

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


    • Mmm… budget sponsor prootn utk LtdI dh kena cut kot utk sambut kelahiran ‘baby-baby’ baru proton tahun 2016 nie:) Bagi la can kat VW plak promo jualan JETTA utk habiskn stok lama yg melambak tu. Kn model barunya akan tiba? Sekurang2nya naik la sket jualan jetta nie sebanyak 190 unit:) Even jualan VW selepas kes peranti dieselnya agak tidak memberangsangkan.

      Cheers!

Leave a Reply