Artikel oleh : Shamsul Yunos
Agensi ujian kenderaan Jerman, GTÜ bersama majalah Auto Zeitung telah menguji 14 jenis tayar musim panas dan mendapati tayar murah berisiko tinggi. Ujian yang mereka lakukan ialah untuk tayar musim panas yang agak serupa dari segi rekabentuk kepada tayar yang digunakan di Malaysia, inilah yang menarik perhatian kami di Funtasticko.
Adakah tayar murah di Malaysia juga berisiko tinggi? Mula-mula kita baca dulu laporan dari Tyrepress. Ujian mengambil contoh 14 jenis tayar bersaiz 225/45 R17, ini merupakan saiz yang lazim digunakan oleh kereta keluarga berharga sederhana di Eropah dan ianya juga saiz yang selalu kita jumpa pada kereta impot dari Jepun dan Eropah dalam segmen C dan juga segmen D di Malaysia.
Harga satu set tayar yang diuji adalah antara RM975 dan RM1,997 (€210 and €430) ini ialah bidang harga yang biasa kita temui di Malaysia dand merangkumi jenama murah hingga pertengahan. Mereka menguji jenama lazim seperti Dunlop, Good Year, Falken dan GT Radial dan beberapa jenama murah dari Asia Timur dan tayar diuji menggunakan BMW1 Series
Jenama seperti Continental terus mendapat markah tinggi dan diklasifikasikan sebagai berprestasi tinggi. Yang menariknya tayar yang dibangungkan dengan fokus kepada cengkaman dan keselamatan pemanduan mendapat markah yang lebih tinggi berbanding dengan tayar Eco yang menumpukan usaha bagi mengurangkan rintangan golekan (Rollling Resistance).
Memang tayar Eco lebih keras dari tayar biasa kerana inilah cara untuk mengurangkan rintangan golekan dan ini mungkin telah mengurangkan prestasi tayar dari segi cengkaman, terutamanya dalam keadaan basah. Tidak ada tayar Eco dalam empat tempat teratas.
Tayar yang mendapat keputusan tercorot datang dari Cina termasuk GT Radial, Linglong dan Westlake dan kesemuanya telah ‘gagal’ ujian brek kerana memerlukan jarak yang melebihi had ujian untuk berhenti dalam keadaan jalan basah.
GTU dan AutoZeitung berpendapat tayar ini adalah ‘bahaya dalam keadaan jalan basah’. Jenama Linglong dan Westlake mungkin tak begitu dikenali di Malaysia tetapi GT Radial agak popular dan ini sudah tentu akan mendatangkan kesan keatas jualan mereka di Eropah dan apabila laporan ini tersebar ke Malaysia, ia juga mungkin menjadi isu kepad jenama tersebut.
Westlake Sport SA-37, berada di tempat paling bawah dalam ujin brek. Ia memerlukan 66.9 meter untuk berhenti dari 100km/j. Untuk pengetahuan anda, Proton Iriz yang menggunakan tayar standard jenama Silverstone mampu berhenti dari kelajuan 100km/j pada jarak kurang dari 40 meter pada permukaan jalan kering.
Preve guna GT Radial..ptt tukar kpd jenama lain.
GT Radial tayar indonesia. Gajah Tunggal.Macam kain pelikat.
axia g sangat bahayaa kalau hujan
Bagaimana prestasi tayar jenama viking?
Terbaik untuk tayar belakang boss.. tayar depan best pakai zeta