ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM hantar tiga unit Nissan Navara ke Rainforest Challenge 2016

Views

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) sekali lagi beraksi dalam Rainforest Challenge (RFC) dengan menghantar trak pikap Nissan Navara sebagai kenderaan rasmi dalam acara tersebut. Ini adalah medan ujian paling ampuh untuk trak yang dipilih sebagai Pikap Terbaik pada Anugerah Pilihan Editor CarSifu yang dianjurkan oleh Star Media Group. Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Eksekutif ETCM, Tan Keng Meng pada sesi penyerahan kunci di ibu pejabat ETCM hari ini. Turut hadir ialah Pengasas dan Pengarah Acara Rainforest Challenge (RFC), Luis J.A. Wee.

Disifatkan sebagai antara Perlumbaan Motor Paling Sukar di Dunia, Malaysia menganjurkan acara akhir perlumbaan off-road 4×4 Siri Global RFC dengan penyertaan dari 30 buah negara. Untuk tahun ini, ETCM menyediakan tiga unit Nissan Navara dilengkapi enjin YD25DDTi yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 163PS dan tork 403Nm/2,000rpm. Dua unit ialah varian 2.5L SE dengan transmisi automatik tujuh-kelajuan.

Manakala satu lagi unit ialah 2.5L SE dengan transmisi manual enam-kelajuan. Nissan Navara tersebut adalah versi standard dan hanya perlu dipasang dengan peralatan untuk pertandingan seperti bull bars, lampu sorot halogen, takal (winch), bar perlindungan, kit kecemasan, tayar ekstrem, suspensi dan snorkel.

Rainforest Challenge 2016 edisi ke-20 akan diadakan di bumi Darul Makmur bermula dari 24 November hingga 5 Disember 2016 dan merupakan salah satu acara sempena mempromosikan Tahun Melawat Pahang 2017. Ia bermula dengan pendataran peserta pada 24 November dan acara media pada 25 November di Publika Shopping Gallery. Ia kemudian diikuti dengan pemeriksaan teknikal dan sesi pelepasan di Dataran Merdeka pada 26 November. RFC 2016 akan diteruskan di Pahang, bermula di Kuantan untuk pembukaan Peringkat Prolog Khas pada 27 November yang kemudian diikuti dengan pengembaraan sebenar selama sembilan hari.

KLIK UNTUK BESARKAN

01-2016-rainforest-challenge_key-handover 02-2016-rainforest-challenge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply