ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Corolla Altis baharu kini dibuka untuk tempahan

Views

UMW Toyota Motor membuka tempahan model baharu Toyota Corolla Altis bermula hari ini. Corolla Altis baharu menampilkan rekaan yang lebih segar, dengan tambahan ciri ciri keselamatan standard seperti tujuh beg udara SRS dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC). Tiga varian ditawarkan, iaitu Corolla Altis 1.8E, Corolla Altis 1.8G dan Corolla Altis 2.0V.

Harga permulaan bagi varian ini masing masing bermula dari RM120,900, RM123,900 dan RM138,900 (harga atas jalan termasuk GST untuk pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia). Corolla Altis baharu turut didatangkan dengan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan. Waranti ini juga boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya sekiranya ia masih lagi dalam tempoh yang sah.

KLIK UNTUK BESARKAN

harga-toyota-corolla-altis

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply