ARKIB

KATEGORI

Buletin

Vespa Elettrica buat kejutan di EICMA 2016

Views

Piaggio Group membuat kejutan pada EICMA 2016 dengan memperkenalkan Vespa Elettrica, sebuah skuter yang dikuasakan dengan motor elektrik. Model ini memberi gambaran kepada model yang masih lagi dibangunkan oleh pengeluar skuter ikonik dari Itali itu. Dengan menampilkan bentuk klasik Vespa, Elettrica tampil dengan warna yang unik, kombinasi warna badan krom dan dihiasi dengan jalur biru.

Vespa Elettrica membuktikan komitmen Piaggio Group untuk mengubah gaya mobiliti. Mereka kini sedang menilai rakan strategik global untuk membangunkan teknologi penyelesaian motor elektrik inovatif secara bersama. Skuter konsep ini dijangka sampai ke fasa pengeluaran dan jualan pada separuh kedua tahun hadapan. Buat masa ini tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi skuter elektrik tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

02-vespa-elettrica 01-vespa-elettrica

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply