ARKIB

KATEGORI

Buletin

6,160 unit Prius 1.8 dipanggil balik untuk mengemaskini perisian hibrid

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengedar kenderaan berjenama Toyota dan Lexus di Malaysia, telah mengumumkan Kempen Servis Khas (SSC) untuk mengemasikini perisian hibrid untuk model Toyota Prius. Ini bagi memastikan keselamatan pelanggan Toyota sentiasa menjadi keutamaan. Kempen Servis Khas (SSC) dijalankan untuk mengemasikini perisian yang digunakan untuk mengawal sistem hibrid dalam varian Prius 1.8 Hibrid.

Sejumlah 6,160 unit Prius 1.8 Hibrid tahun pengeluaran 2009 – 2013 yang dijual di Malaysia oleh UMW Toyota Motor terlibat dalam kempen ini. Kempen ini untuk memberikan pembaikan tambahan kepada kenderaan yang terlibat dalam penarikan balik sebelumnya yang diumumkan pada tahun 2014. Walaupun tiada kes dilaporkan di Malaysia, UMW Toyota Motor akan mengadakan kempen ini bagi memastikan kenderaan pelanggannya tetap boleh dipercayai dan pada tahap prestasi terbaik.

JOM BACA >> HANGAT: Kenapa Editor kami tak percaya syarikat kenderaan nasional baru boleh hasilkan model baru tahun 2020?

UMWT akan memaklumkan kepada pemilik kenderaan yang terlibat secara rasmi untuk mengemasikini pengaturcaraan Unit Kawalan Elektronik (ECU) tanpa dikenakan sebarang bayaran. Kerja-kerja pengaturcaraan tersebut akan mengambil masa kira-kira satu jam. Untuk maklumat lanjut, pemilik kenderaan yang terlibat oleh menghubungi terus mana-mana pusat servis bertauliah Toyota yang berhampiran atau menghubungi Talian Percuma Toyota di 1800-8-TOYOTA (869682).

JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply