Laman Facebook rasmi DYMM Sultan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sejam yang lalu telah memuat naik beberapa keping foto sesi pandu uji baginda bersama Proton X70. Baginda Sultan yang kita semua ketahui sebagai salah seorang peminat kereta dan mempunyai banyak koleksi kereta-kereta daripada pelbagai jenama termasuk Proton telah berkenan meluangkan masa memandu uji Proton X70 pagi tadi.
JOM BACA >> Anggaran harga Proton X70 dari CIMB Bank – Bermula dari RM90K – RM130K?
Terdahulu, Tuanku Sultan Ibrahim menerima kunjungan hormat Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid Musa di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru hari ini (8 Oktober). Semasa kunjungan tersebut, Datuk Radzaif serta Abdul Rashid turut menyampaikan taklimat kepada Baginda mengenai ciri-ciri istimewa Proton X70 selama hampir sejam.
Tuanku Sultan Ibrahim kemudian berkenan memandu uji model Proton X70 Executive AWD 1.8 liter Turbo Gasoline Direct Injection (TGDI). Baginda juga diberi taklimat mengenai sebuah lagi model Proton X70 iaitu Premium 2WD 1.8 liter TGDI. Nampak gayanya tak lama lagi bertambah satu koleksi kereta Proton dalam garaj istana. Lawa pulak warna Cinnamon Brown dalam gambar tu kan?
JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI