ARKIB

KATEGORI

Info

Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

Views

Model SUV pertama Proton X70 kini sedang hangat diperkatakan. Walaupun namanya telah diumumkan dan telah ada dua sesi pratonton eksklusif, satu untuk pihak media dan baru-baru ini untuk para penempah dan tetamu undangan khas, kami tahu masih ramai di luar sana yang amat dahagakan info lebih terperinci mengenai model tersebut.

Oleh kerana itu, kami telah melakukan kerja-kerja risikan dan telah berjaya memperolehi beberapa info yang anda perlukan. Tempahan model Proton X70 dikhabarkan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan kami rasa ia sudah lama melepasi angka 5,000 unit.

Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

Reka bentuk

  • Reka bentuk keseluruhan luarannya terkini, elegan, sporty dan bergaya hasil sentuhan Peter Horbury.
  • Gaya rekaan bumbung terapung (floating roof) menjadikan rekaan SUV ini lebih unik.
  • Lampu LED belakang yang tahan lebih lama dan menjimatkan tenaga (menggunakan mentol LED 17v dan 50v) .
  • Paparan skrin sentuh bersaiz 8 inci di bahagian konsol tengah papan pemuka.
  • Kompartmen tengah yang bergaya.

Pemanduan

  • Dikuasakan oleh enjin 1.8 L TGDI (Turbo Gasoline Direct Injection) yang separuh daripada komponennya dibekalkan oleh Volvo.
  • Enjin ini mampu mengerah 181 kuasa kuda pada 5500 rpm dengan daya kilas (tork) 285Nm pada 1500 – 4000 rpm.
  • Penggunaan bahan bakar sekitar 8.9 L/100km.
  • Transmisi enam-kelajuan automatik dengan mod penukaran manual yang dibekalkan oleh BSI.
  • Pertukaran gear hanya mengambil masa 0.3 saat.
  • Casisnya telah ditala oleh Mira yang merupakan syarikat penalaan untuk kereta Mercedez-Benz dan Ferrari.
  • ESC – Kawalan Kelajuan Elektronik (Electronic Speed Control).
  • Stereng kuasa elektrik – dengan mod pecutan dan normal, lebih ringan pada kelajuan rendah.
  • Kawalan Mendaki dan Menuruni Bukit.
  • Brek parkir elektronik, sistem brek automatik dan auto hold.
  • Suspensi belakang pelbagai dengan Pacuan Empat Roda Pintar (AWD).
  • Ia diaktifkan dalam masa hanya 0.1 saat menggunakan penderia (sensor) ketika jalan licin.
  • AWD akan diaktifkan pada kelajuan di bawah 40km/j.
  • Sistem Kawalan Kestabilan Elektronik dari Bosch (versi baharu 9.1) yang berfungsi pada kelajuan melebihi 40km/j (untuk semua model).
  • Sistem Brek Anti-kunci (ABS).
  • Agihan Brek Elektronik (EBD).
  • Bantuan Brek (BA).
  • Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).

JOM BACA >> INTIP: Proton X70 dengan celoreng penyamaran dikesan

Kepintaran

  • Suis BOSS.
  • Kunci kemasukan pintar (jarak lingkungan sehingga 1.5 m).
  • Penderia hujan / pengelap cermin nirbingkai (frameless) – untuk varian Premium sahaja.
  • Bumbung suria panoramik – untuk varian Premium sahaja. Mampu menampung beban sehingga 80kg, anti-perangkap dan melindungi ruang kabin dari sinaran matahari.
  • Penyaman udara dwi-zon automatik (untuk pemandu dan penumpang belakang).
  • Empat pilihan mod pemanduan – Sport/Eco/Manual/Normal.
  • Tempat duduk kuasa 6+2 cara.
  • Sistem pengurusan kualiti udara (penapis udara 2.5).
  • Lampu depan automatik.
  • Sambungan pintar – 6 port USB (1.5amp), skrin sentuh saiz 8 inci, Arahan Suara Pintar Proton yang boleh mengawal penyaman udara, pertanyaan masa, memainkan muzik, maklumat kenderaan dan navigasi, wifi internet 4G, aplikasi sambungan telefon pintar (kemaskini secara atas talian) untuk mengesan kereta anda, mengunci dan nyah-kunci, menghidupkan enjin, status bahan bakar, jarak kereta, kitaran servis dan meter ODO.

Keselamatan

  • Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS).
  • Sistem Pemantauan Lorong (LDW) dengan 3 penderia, 5 kamera dan 9 radar.
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).
  • Sistem Keselamatan Pra-perlanggaran yang diaktifkan pada kelajuan 30km/j dan mengeluarkan bunyi amaran ketika kelajuan melebihi 30km/j, pada jarak 160 meter dan 2.5 saat sebelum berlakunya perlanggaran.
  • Kawalan Lampu Tinggi Pintar.
  • Sistem Informasi Titik Buta (BLIS) yang boleh mengesan objek dalam jarak 4.5 meter di bahagian sisi dan 1.5 meter di hadapan dan belakang.
  • Lampu Kabus Pintar.
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar untuk varian Premium dan Exec AWD.
  • Tingkap anti-perangkap.
  • Penggunaan Keluli Kekuatan Tinggi – sehingga 1650 mpa yang meliputi 59.3 peratus keselurahan badan kereta.

Masih tak cukup info lagi? Buat masa ini setakat itu sahaja info yang kami perolehi. Kalau nak lebih info lagi kami akan usahakan dari semasa ke semasa. Anda dah buat tempahan ke belum?

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz ‘facelift’ ditemui lagi, kali ini lebih jelas!

KLIK UNTUK BESARKAN

   

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply