ARKIB

KATEGORI

Buletin

Abdul Rashid Musa bos baharu Proton Edar

Views

Proton mengumumkan pelantikan Encik Abdul Rashid Musa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd (“PESB”), berkuat
kuasa 1 Februari 2017, menggantikan Encik Rohime Shafie yang telah ditugaskan ke DRB-HICOM sebagai Ketua Automotif di Bahagian Pengedaran Automotif dan Pembuatan & Kejuruteraan di bawah Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Operasi, Pengedaran Automotif dan Pembuatan & Kejuruteraan, DRB-HICOM.

Mempunyai pengalaman lebih 27 tahun dalam bidang automotif, Rashid terlibat dalam pelbagai projek dan organisasi automotif. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaya pada tahun 1989, Rashid bukan sahaja terlibat dalam bidang pembuatan, penyelidikan & pembangunan; dan pengurusan, malah beliau juga merupakan seorang yang kuat menyuarakan aspek keselamatan penumpang dan telah mengambil bahagian dalam pelbagai ceramah mendidik tentang keselamatan penumpang dan kepentingan penguatkuasaan kenderaan selamat di negara ini.

Beliau sebelum ini memegang jawatan Ketua Pegawai Teknikal Proton dan memainkan peranan penting dalam pembangunan empat model baharu pada tahun 2016. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah di beberapa anak syarikat Proton dan sebelum ini juga merupakan ketua di beberapa syarikat di bawah kumpulan DRB-HICOM.

Proton yakin Rashid mampu untuk terus menerajui PESB bagi meneruskan trajektori pertumbuhan dalam meningkatkan penguasaan pasarannya dan akan terus memacu budaya PROTON iaitu “Pelanggan Diutamakan”. Dengan memanfaatkan latar belakang teknikal beliau, Rashid akan dapat menyumbang ke arah pelan penambahbaikan rangkaian terutama dalam meningkatkan mutu perkhidmatan selepas jualan.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali mengalu-alukan pelantikan Rashid sebagai ketua baharu PESB dan mengucapkan terima kasih kepada Rohime di atas dedikasi dan komitmen beliau semasa berkhidmat bersama Proton dan PESB sejak 20 Ogos 2014. PESB merupakan anak syarikat milik penuh Proton, yang terlibat dalam pengedaran kereta Proton dan menyediakan jualan dan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan.

Tahniah rodong koi!

KLIK UNTUK BESARKAN

Abdul Rashid Musa

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif