ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga minyak dijangka naik lagi – Pakar Ekonomi

Views

Pastinya ramalan daripada pakar ekonomi Datuk Chua Tia Guan ini bakal menggusarkan dan membawa khabar duka kepada rakyat marhaen yang berpendapatan sederhana dan rendah. Memetik laporan dari, Sinar Harian hari ini, beliau meramalkan harga runcit petrol dan diesel dijangka terus meningkat dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

Dua punca utama kenaikan harga minyak di Malaysia ialah pertama, kenaikan harga minyak mentah di negara kita dan kedua, kadar pertukaran nilai mata ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat. Harga runcit minyak petrol dan diesel kini bergantung kepada apungan terurus melalui harga purata bulanan pasaran minyak dunia, manakala harga minyak mentah adalah dikira dengan dolar Amerika Syarikat.

Tia Guan yang juga Ketua Khidmat Rundingan Cukai dan Kewangan Great Vision Advisory Group berkata demikian kepada Sin Chew Jit Poh dan menasihatkan pengguna agar bersiap sedia menghadapi situasi yang lebih mencabar lagi dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang. Beliau juga berharap, kerajaan lebih bersikap prihatin dengan masalah rakyat yang dibebani dengan kenaikan harga minyak ini.

Negara kita adalah negara pengeluar minyak dan kerajaan perlu menggunakan sumber pendapatan daripada hasil minyak mentah ini untuk menyediakan pelbagai infrastruktur, seperti sekolah dan jalan raya untuk kemudahan rakyat. Kerajaan juga perlu menyediakan subsidi ataupun bantuan kewangan agar dapat mengurangkan bebanan rakyat, khasnya golongan berpendapatan rendah.

Sementara itu, kadar bayaran untuk pengangkutan lori dijangka dinaikkan tidak lama lagi susulan kenaikan diesel sebanyak 20 sen seliter mulai 1 Februari lalu. Persatuan pengusaha lori difahamkan terpaksa menaikkan kadar bayaran memandangkan penggunaan diesel merupakan 20 peratus daripada kos operasi mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

DIESEL_261213_TMIAFIF_004

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments


  • Bersiap sedia dengan Domino Effect (Bukan Pizza Domino, tapi memang nama dia ambil dari permainan Domino). Bila satu bahagian naik harga, yang lain akan menyusul.


  • Semenjak US membuat pusingan U, pasaran minyak mentah dunia tidak berapa stabil. Dahulunya US mengamalkan dasar perdagangan bebas dunia tanpa sempadan dan menggesa seluruh dunia mengamalkannya. Semenjak Donald Trump menaiki tahta Presiden of the United State aka POTUS, US tidak lagi mengamalkan perdagangan bebas dunia tanpa sempadan. Kesemua produk yang dieksport ke dalam US akan dinaikkan cukai import. Ada sesetengah produk dinaikkan cukai importnya melebihi +35%. Jumlah yang agak drastik dinaikkan dalam sekelip mata, sepatutnya jumlah sebesar itu dinaikan sedikit demi sedikit mangambil masa 5 hingga 6 tahun. Memandangkan US adalah pengeluar terbesar minyak mentah dunia tidak mustahil cukai import akan meningkat lagi sepanjang Trump memegang tahta POTUS. US juga menarik diri dari TPPA menunjukkan secara terang US tidak lagi mengamalkan dasar perdagangan bebas dunia tanpa sempadan.

    Selain negara2 OPEC menyatakan akan menghadkan pengeluaran minyak mentah bagi mengurangkan lambakan stock simpanan yang berlebihan. Juga untuk mengawal kepentingan mereka secara individu dan berkumpulan. Mencipta cara-cara dan makna untuk memastikan kestabilan harga dalam pasaran minyak dengan satu pandangan untuk memusnahkan turun-naik yang tidak menentu dan sebagai keperluan untuk menyelamatkan pendapatan yang stabil kepada negara-negara pengeluar.

    Di Malaysia kadar inflasi sangat tinggi sejak kebelakangan ini. Kejatuhan ringgit juga melebihi 25% dalam masa tidak sampai 5 tahun. Ianya boleh dikatakan kegawatan ekonomi. Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2014 yang dijadikan penanda aras pendapatan rakyat Malaysia. Menyatakan rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah ditakrifkan sebagai berpendapatan rendah. Rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 hingga RM5,000 berpendapatan sederhana. Rakyat Malaysia yang memiliki gaji dan pendapatan RM5,000 ke atas berpendapatan tinggi. Itu tahun 2014 berbeza dengan tahun 2017 yang mana kadar inflasi dan kejatuhan ringgitnya sepanjang tempoh tersebut sangat tinggi. Jika kita mahu menuju negara berpedapatan tinggi 2020 pada pandangan saya setiap rakyat Malaysia yang bekerja metilah berpendapatan melebihi RM5,000. Atau boleh dikatakan mereka yang bergaji di bawah RM5,000 ke bawah ditakrifkan sebagai berpendapatan rendah. Mengikut data IMF dan WB, Purchasing Power Parity Malaysia sudah berada dalam negara berpendapatan sederhana bukan lagi negara membangun atau negara berpendapatan rendah.

    Pengeluaran minyak mentah Malaysia tidak sampai 1 juta tong sehari sejak dulu lagi, dan tiada cadangan untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah sehingga 1 juta tong sehari. Alasannya adalah untuk kesinambungan generasi akan datang. Pada pandangan saya Malaysia perlu meningkatkan pengeluaran minyak mentah melebihi 2 juta tong sehari menjelang 2020 dan 5 juta tong sehari menjelang 2030 bagi memenuhi keperluan dalam negara disamping meningkatkan eksport minyak mentah. Petronas Carigali menyatakan penemuan telaga minyak baru di Sabah, Sarawak dan Johor dengan kapasiti minyak mentah yang sangat banyak beratus kali ganda jika dibandingkan dengan telaga minyak di Terengganu. Generasi bijak pandai akan datang perlu cari altenatif lain selain minyak mentah. Tiada alasan lagi untuk tidak meningkatkan pengeluaran minyak mentah kepada tahap maksimum.

    Bersambung…………


  • **updated

    Data dari International Energy Agency (IEA), US telah mengurangkan pengeluaran minyak mentah dari 13.9 juta tong sehari kepada hanya 8.7 juta tong sehari jatuh tangga ketiga negara pengeluar.


  • Pada tahun lalu 2016 sesorang netizen ada menulis di sini menyatakan jika pada 2017 matawang berada pada paras 4.5 berbanding dollar, dan harga minyak mentah stabil pada harga di atas 70 dollar setong, maka petrol ron97 akan naik harga melebihi rm3.00/liter. Dan tidak mustahil petrol ron95 juga boleh mencapai harga rm3/liter jika harga minyak mentah terus naik dan USD terus kukuh.

    Penulis tersebut ada menyatakan pandangan dan cadangan memberikan subsidi sementara untuk petrol ron95 jika harganya melepasi rm3/liter. Atau menetapkan harga siling ron95 pada rm3/liter untuk 2 tahun jika harga minyak mentah kekal Tinggi dalam tempoh tersebut.

    Mungkin tersilap, lebih kurang begitulah tulisannya. Penulisannya agak panjang, ini cuma sebahagian.

Leave a Reply